seismik

[VIDEO] Guru Ini Kongsi Situasi Mengajar Di AS, Ternyata Indah Khabar Dari Rupa

Macam-macam perangai betul.

Cover image via @jaibhrdn (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjadi seorang guru bukanlah suatu perkara yang mudah

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok, seorang guru bernama Jai berkongsi pengalaman mengajar di sebuah sekolah di Amerika Syarikat (AS).

Menerusi video tersebut, beliau sebelumnya mengajar di Malaysia dan impian lamanya untuk mengajar di AS akhirnya tercapai.

Walau begitu, pengalamannya di AS memberikan cabaran yang berbeza, terutama dalam menghadapi pelbagai ragam kanak-kanak di sekolah tersebut.

Ada pelajar yang tantrum

Jai menunjukkan bagaimana kanak-kanak di negara tersebut sangat aktif, dan bilik darjah sering berselerak.

Beliau juga menjadi tempat untuk kanak-kanak meluahkan perasaan dan menunjukkan kecederaan di bahagian jari.

Jai sering kali terpaksa mengejar kanak-kanak yang keluar dari kelas dan kadang-kadang perlu menenangkan mereka yang meluahkan kemarahan dalam kelas.

Tambahan lagi, ada segelintir dalam kalangan mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Mana yang ada impian nak mengajar di Amerika Syarikat (AS) tu boleh lah cuba :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: