Gara-Gara 'Viral' Gambar Tolak Motor Lebih 10KM, Lelaki Ini Terima Pelbagai Tawaran Kerja
Rezeki Allah SWT itu memang luas.
Sesungguhnya rezeki Allah SWT itu cukup luas
Rezeki terdiri dari dua jenis iaitu rezeki kita cari dan rezeki yang datang dengan sendirinya. Dalam riwayat, rezeki yang datang kepada kita disebut sebagai “rezeki thālib” manakala rezeki yang kita cari dinamakan “rezeki mathlūb”.
Untuk mendapat rezeki maṭlūb, setiap orang harus menadahkan tangannya berdoa ke hadrat Ilahi disertai dengan usaha dan kesungguhan. Dengan berfikir, bertafakkur, berkerja, menggerakkan seluruh anggota badan, ia mampu mengubah sisi kualiti dan kuantiti rezeki yang diperolehnya.
Image via Harian Metro
Selain itu, kita juga biasa mendengar orang berkata bahawa dalam rezeki kita, terdapat juga rezeki orang lain
Apa yang dimaksudkan disini adalah terdapat bahagian dalam setiap rezeki kita yang mungkin dipercayai milik orang lain. Rezeki ini boleh dilihat sebagai amalan yang wajib kita lakukan seperti membayar zakat di samping amalan sunat seperti memberi sedekah jariah, atau menolong mereka yang memerlukan dalam apa jua cara.
Image via Al Mukhlisin
Dan perlu kita yakini bahawa dalam setiap rezeki yang kita kongsikan baik dari segi bersedekah mahupun menolong orang lain, kita bukan sahaja akan mendapat ganjaran pahala bahkan Allah SWT akan turut menambah rezeki kita.
Baru-baru ini, beberapa gambar seorang lelaki sedang menolak motosikalnya yang pancit telah viral di laman sosial
Kejadian itu berlaku ketika Mohd Shahrul Abd Rahim yang berusia 46 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Bagan Datuk ke Pulau Pinang untuk mencari pekerjaan. Pada ketika itu, dia telah ditemani oleh anak kecilnya yang berusia enam tahun.
Image via Facebook Syed Hassen
Image via Facebook Syed Hassen
Image via Facebook Syed Hassen
Gambar-gambar Shahrul sebenarnya telah dikongsikan oleh seorang budiman, Syed Hassen dalam laman Facebooknya ekoran rasa simpati melihat bapa kepada lapan orang anak itu yang kelihatan seperti datang dari jauh dan memerlukan bantuan, lebih-lebih lagi kerana ada anak kecil yang bersamanya pada waktu itu.
Syed Hassen yang berasa kasihan telah mengikut Shahrul dari belakang untuk memastikan keselamatan dia dan anaknya terjaga hingga mereka tiba di bengkel motosikal.
Lelaki itu kemudiannya telah membawa kedua anak beranak itu makan nasi kandar sambil berkongsi cerita. Sebelum mereka berpisah, Syed Hassen lalu meminta kebenaran dari bapa tersebut untuk berkongsikan kisah dirinya kepada masyarakat.
Di bawah adalah posting yang dikeluarkan budiman terbabit:
Image via Facebook Syed Hassen
Ekoran posting itu, kisah Shahrul mula tersebar sehingga ke laman Facebook Komuniti Kepala Batas dan juga Penang Kini.
Siapa sangka selepas insiden tolak motor itu, Shahrul mula menerima pelbagai tawaran pekerjaan
Selepas kisah itu tersiar di dalam laman-laman sosial berkenaan, ramai yang menghubungi Shahrul untuk menawarkan pekerjaan termasuklah sebagai pemandu van kilang dan bas. Walau bagaimanapun, Shahrul terpaksa menolak tawaran-tawaran itu kerana dia tidak mempunyai lesen.
Bukan itu sahaja, ramai yang mula menawarkan pekerjaan dalam laman Facebook juga.
Image via Facebook Penang Kini
Ketika dihubungi akhar Sinar Harian, Shahrul berkata dia tidak menyangka masih ramai orang di luar sana yang begitu prihatin dengan kejadian yang menimpanya. Dia juga turut mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan yang diberikan.
"Secara jujurnya memang saya rasa terharu dengan keprihatinan rakyat kita membantu mereka yang susah," ujar Shahrul.
Terharu sangat bila dapat lihat kebaikan dan keikhlasan orang ramai dalam membantu mereka yang dalam kesusahan
Image via Gfycat
Pemuda ini pula dapat tawaran kerja lepas beri kucing-kucing liar makan!
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment