'Bangla' Minta Plywood Untuk Buat Tempat Rehat, Ingatkan Nak Curi Tulang, Rupa-Rupanya...
Bangla sanggup meninggalkan kehidupan serta keluarga mereka demi mencari rezeki yang halal di sini.
Sebut sahaja pasal bangla, ramai yang akan beranggapan buruk tentang mereka
Bangla ini akan dimarah kerana mereka dikatakan merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan di samping meningkatnya kadar jenayah dalam negara. Bukan itu sahaja, sebut sahaja bangla, mulalah kebanyakan orang akan berjenaka tentang bangla jual carpet atau permaidani, tak pun tasbih.
Namun begitu, ramai yang tidak sedar bahawa bangla yang datang ke negara ini adalah kerana mereka benar-benar ingin mencari rezeki di sini. Bahkan mereka sanggup meninggalkan kehidupan mereka serta keluarga mereka untuk tempoh masa yang lama kerana pendapatan yang mereka peroleh di negara kita jauh lebih mewah berbanding di tanah air sendiri.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah berkongsikan sesuatu yang menyentuh hati orang ramai tentang bangla
Ammar Naufal telah menceritakan tentang bangla di tempat kerjanya yang mungkin boleh memberi perspektif yang sedikit berbeza mengenai warga pendatang ini.
Menurut Ammar, beberapa orang pekerjanya yang berasal daripada Bangladesh telah memohon kebenaran menyediakan staging dan plywood untuk dijadikan 'tempat rehat'. Ammar yang pada awalnya teragak-agak untuk menyediakan keperluan itu kerana beranggapan pekerjanya akan curi tulang terkesima apabila melihat tempat rehat tersebut.
Rupanya tempat rehat yang dimaksudkan oleh warga Bangladesh ini adalah untuk mendirikan sebuah ruang solat yang sangat ringkas.
Ammar yang terharu dengan pekerjanya turut menghulurkan bantuan menentukan arah kiblat dengan bantuan rakannya yang lain.