Wanita Ini Masih Gigih Cari Rezeki Walau Menghidap Penyakit Mucopolysaccharidosis. Salute!
Tak semua orang mempunyai semangat yang tinggi seperti ini.
Tidak semua orang dilahirkan dalam keadaan yang sempurna. Namun, ianya bukanlah alasan untuk anda berhenti melakukan sesuatu yang disukai hanya kerana kurang berkemampuan.
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita yang ingin dicapai. Walaupun ianya sukar, usaha dari diri sendiri harus diterapkan dan tidak mudah untuk berputus-asa atas apa jua alasan.
Tidak dinafikan, pelbagai bentuk kerisauan akan menghantui diri. Ianya hanyalah proses kehidupan sebagai seorang manusia, tidak lebih daripada itu.
Yang penting, setiap hari haruslah menjadi lebih baik dan terus bangkit dari kegagalan lepas.
Bersyukurlah dengan apa sahaja nikmat yang dikurniakan oleh Allah. Mudah-mudahan nikmat yang diperoleh hari ini akan semakin bertambah.
Seperti perkongsian seorang lelaki di laman Twitter tentang kegigihan dan semangat kakak kesayangannya yang dilihat begitu tinggi untuk menjana pendapatan walau kurang berkemampuan.
Boleh dijadikan sebagai teladan.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai di media sosial dan mendapat lebih 23k retweets dan 12k likes ketika artikel ini ditulis.
Baca penuh di bawah:
Menurutnya, Fariza menghidap penyakit yang dikenali sebagai Mucopolysaccharidosis type IV (MPS IV)
Untuk pengetahuan anda, penyakit Mucopolysaccharidosis ini adalah genetik berlainan yang menyebabkan tubuh badan anda gagal untuk mengeluarkan protein khusus yang dikenali sebagai alpha-L iduronidase. Protein ini diperlukan untuk memecahkan gula.
Namun begitu, kebanyakan orang yang menghidap penyakit ini masih boleh membuat aktiviti seperti individu yang normal. Termasuklah bersekolah, bekerja dan berkahwin.
Jadi, anda tidak perlu risau. Mereka masih boleh menjalankan hidup mereka seperti normal.
Bakatnya tidak terhenti di situ sahaja, dia juga turut belajar melukis satu lukisan gaya British (Folk Art). Dari situ boleh dilihat betapa kuatnya semangat wanita ini.
Masih ingin belajar dan cuba benda baru.
Cerita tentang bakat Fariza sering dipaparkan di surat khabar, majalah dan televisyen sejak tahun 2009
Fariza turut mengambil peluang dengan menggunakan bakat yang ada bagi menjana pendapatan.
Jika anda berminat, boleh refer setiap platform di bawah untuk lihat sendiri hasil tangan Fariza:
Semoga Fariza sentiasa diberikan rezeki yang melimpah dan dipermudahkan urusan harian. Amin. :)