seismik

“Saya Ada RM20 Je Bang” - Kisah Budak Jujur & Balasan Tuhan Ini Sungguh Menginsafkan

Sesungguhnya, Allah itu sentiasa ada.

Cover image via Google

Setiap orang mempunyai kesusahan hidup yang berbeza dan juga cara untuk mengatasinya. Tidak kiralah sama ada anda datang dari golongan yang berada atau pun sederhana.

Namun begitu, percayalah bahawa Tuhan itu sentiasa ada untuk hambaNya, tidak kira dalam apa jua situasi sekali pun.

Apa yang perlu anda lakukan adalah berdoa dan ingat kepadaNya. Sentiasa berserah kepada takdir yang telah ditentukan.

Sama juga seperti jika anda menerima ujian musibah daripadaNya, janganlah mudah berputus asa dan mengambil jalan mudah untuk menyelesaikannya. Paling penting sekali, harus sentiasa jujur.

Seorang pengguna Twitter iaitu Saiful Bahari telah berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang pemuda jujur dan balasan Tuhan terhadap mereka berdua.

Tersentuh bila baca...

Kisah budak jujur dan balasan Tuhan:

Masa makan ngan famili tetiba wife cakap hp dia hilang. Bila call, dering masih ada. So abang pun pergilah cari hp tu.

Abang pun pusing lah keliling kereta, mana tau hp jatuh kat kereta. Tetiba datang budak muda tegur abang. Dressing macam mat rempit, muka pecah rumah.


Dia tanya abang cari hp ke?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Abang cakaplah ye. "Ni hp abang, saya jumpa kat atas jalan tepi kereta. Lama dah saya pegang hp ni. Tadi masa abang call saya tak perasan sebab hp ni silent. Saya plak nak call abang tak tau pasword nak buka hp ni. Nasib baiklah abang datang, saya lama dah kat sini,nak balik dah."

Bla bla bla prum pram prum pram...


Kalau hp ni hilang meratap la abang nak kena kuar seseribu dua lagi beli hp baru untuk awek abang tu, tapi sebab jasa baik bro ni, selamat segala benda.

Ketika bersalaman, Saiful memberikan RM300-RM400 wang tunai kepada pemuda tersebut sebagai ucapan terima kasih

Dalam bersalam tu abang kautlah kat dia 3-4rat sebagai ucapan terima kasih.
Abang biasalah, time abang ada kemampuan abang tak suka orang tolong abang sia sia.Pada abang sekadar ucap terima kasih tak padan. Tapi kalau time takde tu lainlah cerita ye.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Jeng jeng jeng. Ini baru bermula sebuah kisah, tadi tu mukadimah je.

Tiba tiba dia nangis dan peluk abang ucap terima kasih. Tanjat la abang bila dia peluk, kalau Nasha Aziz takpelah gak ni type faiz roslan yang peluk, lutut abang dah terangkat angkat dah nak lutut perut dia.

"Bang, saya sebenarnya dari kl, keje despatch kat sana. Tadi dapat panggilan abang saya accident, sekarang ada kat hospital Temerloh tu."

"Masa saya ambil emergency leave tadi, saya try pinjam duit kat company tapi tak dapat, saya balik dari kl ni berbekal RM 20 je bang.

"Ni pun berenti makan nasi bujang je. Mak cakap nak pakai duit sikit tanggung apa yang patut sebab abang accident ni, nak bayar kos hospital ke, makan minum ke," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

"Sepanjang perjalanan balik tadi saya pening sebenarnya bang mana nak cari duit. Saya tawakal je lah sambil tak berhenti berdoa minta Allah antalah 3-4 ratus duit kat saya jatuh dari langit. Tetiba saya jumpa tepon abang ni. Memula saya ingat nak bla je dan jual hp abang ni, seseribu dapat kalau tolak ni.

"Tapi bila fikir balik, takkanlah Allah tunaikan doa saya dengan cara macam ni, mesti Allah nak uji saya lagi ni. Tu yang saya tunggu je tuan tepon ni," tambah pemuda itu.

Pemuda itu juga tidak menyangka daripada rezeki mudah cara haram, dia boleh menukarnya menjadi satu rezeki yang halal tanpa perlu diminta

"Maaflah bang kalau saya teremosional sampai menangis dan terpeluk abang."

Dah abang pulak menangis bila keesaan dan kebesaran Allah tu berlaku depan mata abang. Doa yang tak henti henti, tawakal yang berterusan, tak gunakan dan tunggang hukum Allah untuk buat duit mudah, wajah dan penampilan tak mencerminkan hati dan perilaku, dan banyak lagi abang dapat serta belajar dari perkara ni.

Image via Google

Macam biasa abang bila dah tersentuh hati abang kautlah lagi RM300 kat dia.

Abang pesan kat dia,bila minta tolong Allah maka yakinlah Allah akan tolong,abang ni asbab je dia dapat durian runtuh hari ni tapi semuanya sebab dia sendiri berhati baik sebab tu lah dia dapat lebih dari yang dia doa.

Abang pesan lagi kat dia dan kat diri abang sendiri juga, Allah dah tunjuk kat dia bahawa bila kita berserah padaNYA maka balasan dari DIA sangat cepat.

Jadikanlah perkara ini sebagai iktibar supaya lebih dekatkan diri kepada Allah dengan solat, zikir dan segala amalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya

Dan la abang bagi personal coaching plak kat dia tentang keberkatan hidup dan amalan amalannya.

Jadi itu je lah abang nak share kisah yang abang baru alami tadi. Sekarang abang tengah tengok senel main lawan west ham.

Harap harap lah senel menang malam ni.

Belum habis di situ lagi, tiba-tiba dia mendapat panggilan...

Tetiba abang dapat call plak masa tengah tengok senel main ni, ada orang nak turun fund dan jadi funder untuk projek barang basah abang lebih kurang rm100k.

Allahu... Maka pertolongan Allah pun berterusan tanpa henti bagi hamba hambaNYA yang sentiasa berdoa dan bergantung harap padaNYA. Sebab abang tadi masa salam kaut budak tu abang pun ada minta ngan Allah gak.

Macam biasa amalan abang setiap kali sedekah abang akan niat:


"Ya Allah,sahaja aku bersedekah kepada hambaMU ini, KAU padamkanlah api kemurkaan MU pada ku, KAU permudahkanlah setiap urusanku sepertimana aku permudah kan urusannya,kurniakanlah aku rezeki seperti air yang mengalir deras dan tidak berhenti henti..."

Mulanya abang malas nak up cerita ni,abang tau pembaris dan haters abang akan nampak abang nak menunjuk nunjuk bab sedekah dan abang ni banyak duit.

Tapi sebab banyak sangat magik yang berlaku dalam satu kejadian ni,abang taknak pedulilah benda negatif, niat abang nak sampaikan dakwah dengan cara abang iaitu menulis apa yang real berlaku dalam hidup abang hasil amalan amalan kecil yang abang buat.

Selamat beramal!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: