Gara-Gara Viral, Ramai Pelanggan Sanggup Beratur Panjang Di Kedai ‘Donut Nenen’ Ini
Mungkin dia letak nama tu untuk marketing strategy.
Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan aktiviti food hunting, tambahan lagi jika makanan atau minuman itu tengah viral
Malah, ada yang sanggup beratur berjam-jam lamanya demi mencuba makanan dan minuman viral tersebut.
Tidak terkecuali dengan donut susu. Pasti ramai di sini pernah dengar nama itu bukan? Banyak kedai yang sudah menjual donut susu dengan menggunakan pelbagai nama unik untuk tujuan menarik pelanggan.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video apabila seorang lelaki telah membeli donut susu itu di kedai Donut Nenen telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ramai persoalkan kenapa nama kedai Donut Nenen, sedangkan banyak lagi nama yang lebih sedap didengar
Menerusi video yang dimuat naik oleh @abangetocarimakan, kelihatan dia sedang beratur di kedai Donut Nenen tersebut untuk mencuba donut susu mereka yang sedang viral di Cyberjaya.
Seperti yang dapat dilihat, ramai pelanggan yang beratur panjang untuk mencuba donut di kedai mereka.
Tetapi, apa yang membuatkan netizen naik hairan adalah tentang nama Donut Nenen tersebut yang agak kurang sedap didengar dan juga disebut.
Image via @abangetocarimakan (TikTok)
Image via @abangetocarimakan (TikTok)
"Positif guys, mungkin tersalah letak nama. Patutnya donut nenek, kita tak tahu hahaha tapi gamaknya macam sengaja je" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 930.9K views, 49.1K likes dan 2.9K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai nama Donut Nenen itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @abangetocarimakan (TikTok)
Image via @abangetocarimakan (TikTok)
Image via @abangetocarimakan (TikTok)
Image via @abangetocarimakan (TikTok)
Image via @abangetocarimakan (TikTok)
Image via @abangetocarimakan (TikTok)
Image via @abangetocarimakan (TikTok)
Image via @abangetocarimakan (TikTok)
Tak apa guys, yang penting niat mereka menjual tu ikhlas. Kalau tak sedap, takkanlah ramai beratur kan? :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment