[GEMPAR] Polis Ingat Jumpa 'Mayat' Berbalut Dekat Tepi Jalan, Tapi Tak Sangka Rupa-Rupanya
Memang tak dijangka betul ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika kita terlihat sesuatu yang mencurigakan dan menakutkan, kita pasti akan lari atau menelefon pihak berkuasa betul tak?
Tambahan lagi jika kita terjumpa sesuatu seperti tubuh manusia. Tentu terkejut melihat kejadian itu dan tanpa berfikir panjang terus menelefon polis.
Namun, gempar baru-baru ini pihak polis menjumpai tubuh manusia yang dibalut dengan plastik ditepi jalan telah mencuri perhatian ramai di Twitter.
Lihat posting itu di bawah:
Siap pasang pita lokasi jenayah ingat ada mayat
Menerusi posting tersebut, kelihatan beberapa gambar anggota polis sedang berada di lokasi setelah digemparkan dengan penemuan mayat di kawasan itu.
Kelihatan juga pihak polis siap meletakkan pita lokasi jenayah di kawasan itu. Bagaimanapun, selepas sahaja diperiksa bungkusan itu, ternyata itu bukanlah tubuh manusia sebenar.
Tetapi, ia adalah patung manusia digunakan untuk kegiatan seksual ataupun dipanggil sex doll. Difahamkan, patung itu diletakkan berhampiran tong sampah besar di deretan rumah kedai di Seksyen 27, Shah Alam, Selangor.
Lihat sambungan posting di bawah:
"Bayangkan polis siasat siapa pemiliknya" - Netizen
Sementara itu tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka sebaik saja melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 9.5K retweets, 11.1K likes dan 257 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Aduhai, last-last semua kena tipu. Siapalah punya kerja ni.
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment