seismik

Kantoi Beli Mainan Dengan Isteri, Lelaki Tak Sangka Ramai Cuba 'Backup' Di Ruangan Komen

Apa yang penting? Kerjasama.

Cover image via @chuckee_little (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semua orang mempunyai hobi dan minat masing-masing terhadap sesuatu perkara kan?

Contohnya seperti melakukan aktiviti lasak, mengumpul barangan antik, koleksi permainan dan sebagainya.

Namun, kadangkala sesetengah minat ini boleh membuatkan duit kita 'berhabis' banyak kerana barangan yang ingin dimiliki.

Tetapi, lain pula dengan posting yang tular di Twitter ini apabila seorang lelaki berkongsi ramai yang cuba backupnya selepas kantoi dengan si isteri telah mencuri perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Tak sangka ramai datang 'cover' keadaan lepas kantoi dengan isteri

Menerusi posting tersebut, seorang lelaki berkongsi kisahnya apabila dia terkantoi membeli mainan lagi dengan isterinya.

Ia bermula apabila si isteri ternampak posting dari akaun permainan tersebut yang memuat naik gambar suaminya selepas membeli permainan dari kedai mereka.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah sebaik saja isterinya menulis komen, ramai yang tidak dikenali datang dan cuba untuk 'backup' lelaki itu supaya keadaan tidak menjadi tegang.

Situasi itu membuatkan lelaki itu sendiri tidak sangka dan terhibur membaca komen-komen yang cuba menyebelahinya itu.

Lihat sambungan dari posting itu:

"Kena minta tuan kedai kabur muka pelanggan lah tiap kali muat naik gambar kita"- Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 9,918 retweets, 783 quotes tweets dan 21K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Tiba-tiba ramai pula datang backup ya, hebat betul :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: