seismik

"Bermanfaat" - Rakan Pengantin Hadiahkan Pelbagai Jenis Barangan Rumah Ini Curi Tumpuan

Semua berguna tu.

Cover image via @mfxhmi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bila tiba majlis perkahwinan sedara-mara atau rakan-rakan kita, pasti kita sudah mempersiapkan hadiah atau sedikit wang untuk mereka betul tak?

Ia sudah menjadi perkara wajib bila anda datang ke sesebuah majlis perkahwinan, tambahan lagi jika anda memang rapat dengan pengantin itu, memang istimewa hadiahnya.

Situasi itu sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila sekumpulan lelaki membawa pelbagai jenis barangan rumah sebagai hadiah buat rakan mereka telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sepakat bagi bermacam jenis barangan rumah sebagai hadiah kahwin

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki berada di sebuah majlis perkahwinan rakan baik mereka.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah semua dilihat membawa hadiah seperti barangan rumah yang berbeza-beza.

Situasi itu membuatkan pengantin tergelak melihat gelagat mereka. Malah, mereka sempat mengambil gambar bersama dengan pengantin dan barangan tersebut.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@mfxhmi Reply to @ayiemmm__ original sound - M Fahmi

"Tolonglah kahwin nanti nak hadiah-hadiah ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka dan berpendapat semua barangan itu sangat bermanfaat buat pengantin.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.3M views, 220.6K likes dan 6,150 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bestlah ada kawan macam ni, tak payah susah-susah nak beli barang dah :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: