seismik

[VIDEO] “Wedding Gift Check” - Kawan Gigih Angkut Tong Gas Sebagai Hadiah Kahwin. Rare!

Siap balut dalam kotak lagi tu.

Cover image via @amirulyaacob_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika kita menghadiri sebuah majlis perkahwinan, rasanya tidak lengkap kalau tidak membawa hadiah untuk pengantin bukan?

Namun, itu semua terpulang kepada individu masing-masing. Ada yang tidak membawa hadiah tetapi memberikan duit kepada mereka.

Hadiah yang diberikan kepada pengantin kebiasaannya adalah barangan dapur bagi meringankan sedikit beban pengantin untuk memulakan kehidupan baru mereka.

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila sekumpulan geng lelaki nekad memberikan hadiah rare kepada kawan mereka yang baru berkahwin.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nekad bagi hadiah tong gas sebagai hadiah kahwin member

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan geng lelaki sedang menyiapkan hadiah perkahwinan buat rakan mereka.

Apa yang lebih mengejutkan mereka dilihat meletakkan tong gas berwarna kuning di dalam sebuah kotak. Kemudian mereka membalut kotak tersebut dengan pembalut hadiah berserta kad ucapan.

Difahamkan tong gas tersebut adalah tong gas kosong, oleh itu ia tidak membahayakan sesiapa. Mereka kemudiannya membawa hadiah itu ke majlis perkahwinan berkenaan.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"Mesti pengantin fikir tu peti ais" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.

Malah, ada yang tidak sabar mahu melihat reaksi pengantin itu semasa unboxing. Ada juga yang menganggap ia adalah satu hadiah yang jarang sekali dilihat dan lain daripada yang lain.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 131.6K likes dan 2,336 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, buat hal betul ya. Tapi bagus juga berguna :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: