[GEMPAR] Polis Siasat Ebit Lew Atas Dakwaan Mondy Kena Rogol
Ia adalah susulan laporan yang dilakukan influencer dari Indonesia, Mondy Tattoo.
Pendakwah terkenal, Ebit Lew, dilaporkan sedang disiasat atas dakwaan merogol berdasarkan aduan yang dibuat pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo
Image via Thiswas TV
Menurut sumber, bagi mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata siasatan dilakukan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Difahamkan, ketika ini Mondy masih berada di Malaysia. Kata beliau lagi, lima hari sebelum Ebit Lew membuat laporan polis, pihaknya turut menerima satu laporan polis dakwaan rogol terhadapnya.
Polis rampas telefon Mondy untuk siasatan
Dalam pada itu, ditanya tindakan polis merampas telefon milik Mondy, beliau berkata, pihaknya mengambilnya untuk ketelusan siasatan.
"Kita ambil telefon Mondy untuk siasat. Memang ada peruntukan undang-undang bila ambil kita siasat pengisian sama dengan apa yang dicakap, masa kejadian dan lain-lain lagi. Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998," katanya.
"Setakat ini polis telah memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua kes tersebut. Sebaik sahaja tiba di Malaysia, Ebit Lew membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya yang dikeluarkan menerusi sebuah ‘podcast’ khas bertajuk ‘The Mondy Tattoo Interview'. Selain satu lagi laporan polis penafian terhadap kes rogol,” katanya lagi.
Terdahulu, polis telah merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan Mondy Tattoo berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew, Selasa lalu. Rakaman percakapan tersebut diambil di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi siasatan lanjut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment