[GEMPAR] Syamsul Yusof Mengaku Dah Nikah Dengan Ira Kazar Di Thailand Hari Ini
Video pengumuman itu dimuat naik sendiri di Instagram milik Syamsul.
Pengarah filem terkenal Syamsul Yusof akhirnya membuat pengakuan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar hari ini
Syamsul berkongsi berita itu menerusi video yang dimuat naik dalam laman Instagramnya satu jam yang lepas.
Menurutnya, majlis akad nikah mereka di Thailand turut berwalikan bapa Ira yang juga merupakan pelakon veteran, Kazar Saisi.
Image via Harian Metro
Harapkan doa yang terbaik daripada orang ramai, mengaku bukan manusia yang sempurna
Pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu juga mengakui, Puteri Sarah Liyana masih isterinya yang sah.
"Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak," katanya.
Sementara itu, lihat video penuh yang dimuat naik oleh Syamsul di bawah:
Akhirnya, persoalan sejak beberapa bulan lalu kini sudah terjawab. Semoga yang baik-baik saja buat rumah tangga mereka :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment