Geram Dapat Tetamu Dari 'Neraka', Pemilik Homestay Ini Terkejut Rumah Ditinggal Bersepah
Alamak, bersepah sangat ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memandangkan kini rakyat bebas merentas negeri dan boleh melancong semula, kebanyakan hotel serta homestay sentiasa penuh dengan kedatangan pengunjung dari serata negeri
Sebagai tetamu, sudah tentu kita harus memastikan premis itu ditinggalkan dalam keadaan yang kemas semasa check out, walaupun mereka ada menyediakan house keeping. Kalau tidak dapat kemas seperti keadaan asal, setidak-tidaknya buang kesemua sampah ke tempat yang sepatutnya.
Namun, lain pula yang jadi dalam video yang tular di TikTok ini apabila pemilik homestay terkejut selepas mendapati keadaan rumahnya ditinggalkan dalam keadaan yang sangat bersepah.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kongsi keadaan homestay yang penuh dengan sampah dan tidak terurus selepas customer check out
Menerusi video yang dimuat naik oleh @zyhafaroshaa, kelihatan wanita itu ingin memeriksa keadaan homestay yang disewakan kepada pelanggannya.
Apa yang membuatkan dia terkejut adalah apabila hampir seluruh homestay tersebut ditinggalkan dalam keadaan yang bersepah dan sampah di merata tempat tidak dibuang.
Lebih mengejutkan lagi, keadaan di dalam setiap bilik juga bersepah dengan cadar katil yang tidak disusun dengan elok, face mask yang sudah dipakai berterabur dan sebagainya. Bukan itu saja, pintu dan tingkap juga tidak ditutup dan seperti sudah tercabut.
Image via @zyhafaroshaa (TikTok)
Image via @zyhafaroshaa (TikTok)
Image via @zyhafaroshaa (TikTok)
Image via @zyhafaroshaa (TikTok)
"Kalau homestay diaorang buat macam ni agak-agak rumah diaorang macam mana ye?" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 470.2K tontonan, 34.5K tanda suka dan 617 perkongsian, rata-rata netizen turut merasa geram dengan sikap tidak bertanggungjawab pelanggan wanita itu.
Walaupun mereka membayarnya, sepatutnya mereka perlu ada common sense untuk meninggalkan rumah dalam keadaan baik.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @zyhafaroshaa (TikTok)
Image via @zyhafaroshaa (TikTok)
Image via @zyhafaroshaa (TikTok)
Image via @zyhafaroshaa (TikTok)
Image via @zyhafaroshaa (TikTok)
Image via @zyhafaroshaa (TikTok)
Image via @zyhafaroshaa (TikTok)
Image via @zyhafaroshaa (TikTok)
Image via @zyhafaroshaa (TikTok)
Image via @zyhafaroshaa (TikTok)
Sabar jelah sis, perangai customer ni memang macam-macam. Payah kalau tak ada common sense ni :/
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment