seismik

[VIDEO] Gara-Gara Traffic Light Lama Sangat, Pemuda Ini Siap Turun Motor Ajak Member Borak

Boleh hilang sabar ni.

Cover image via @0000a253 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai pemandu harian di jalan raya, sudah tentu kita paling pantang jika terpaksa hadap traffic light yang lama bukan?

Sudahlah penat bekerja, kena tunggu lama pula sampai lampu nak bertukar hijau. Tambahan pula bagi mereka yang duduk di Shah Alam dan biasa menghadap traffic light di Seksyen 13, mesti hari-hari tahan sabar.

Namun, lain pula yang jadi dalam sebuah video ini apabila gelagat seorang pemuda di traffic light telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@0000a253

12 am mamak tutup , member rancak borak kat traffic light ##fyp

bunyi asal - Mhd Aizzat - AizzatFromYT

Selamba turun motor siap borak dengan member sebab traffic light lama sangat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @0000a253, kelihatan pemuda itu dan beberapa orang kawannya sedang berhenti di traffic light yang berada di Seksyen 13, Shah Alam.

Apa yang mencuri tumpuan adalah, pemuda tersebut selamba turun dari motornya dan berborak bersama kawan-kawannya sementara menunggu lampu berukar hijau.

Menurut si perakam, mereka terpaksa balik dan tidak jadi lepak di kedai mamak memandangkan waktu ketika itu sudah 12 tengah malam dan kedai pun sudah tutup.

"Dah boleh berkelah tu, lama nau haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 82.1K views, 12.6K likes dan 95 shares di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pemuda berkenaan dan ada juga yang boleh relate dengan situasi tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kenapalah traffic light tu lama sangat? Kita pula yang geram tengok :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: