Gigih Alih Motor Halang Laluan Pejalan Kaki Orang Buta, Video Ini Terima Reaksi Ramai
Sebab itu tak boleh park sesuka hati.
Tidak semua manusia diciptakan sempurna belaka, ada yang mempunyai kekurangan diri
Contohnya seperti kecacatan yang membuatkan mereka sukar dan berbeza dengan kita. Malah, golongan ini tidak mudah menjalani kehidupan seperti kita.
Namun, sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, tidak ada salahnya kita membantu mereka lebih-lebih di tempat awam.
Tular sebuah rakaman memaparkan tindakan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) mengalihkan sendiri beberapa buah motosikal yang menghalang laluan pejalan kaki telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Alih sendiri motosikal yang meghalang
Menerusi video tersebut, difahamkan kejadian berlaku di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT).
Dapat dilihat, lelaki tersebut merupakan seorang yang cacat penglihatan dan terpaksa menggunakan tongkat dan mengesan jalan yang disediakan.
Tetapi, ada beberapa buah motosikal yang menghalang laluan tersebut membuatkan dia terpaksa mengalihnya sendiri untuk mudah berjalan.
Image via @mrranggapnnadia (TikTok)
"Kenapa lah ada sesetengah manusia selalu ambil hak OKU" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 154.3K likes dan 4,008 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @mrranggapnnadia (TikTok)
Image via @mrranggapnnadia (TikTok)
Image via @mrranggapnnadia (TikTok)
Image via @mrranggapnnadia (TikTok)
Image via @mrranggapnnadia (TikTok)
Image via @mrranggapnnadia (TikTok)
Harap lepas tengok video ini semua faham dan tak parking dekat situ lagi :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment