Google Doodle Hari Ini Raikan Pencipta Watak Siri Animasi Keluang Man, Kamn Ismail
Google Doodle itu dipaparkan pada enjin pencarian Google yang akan dilihat jutaan rakyat Malaysia.
Hari ini buat julung-julung kalinya, Google Doodle khas dipamerkan bagi memperingati tokoh terkemuka industri animasi, Allahyarham Kamarudin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail
Sebagai rekod, Allahyarham Kamn dikenali sebagai pencipta dan pengarah siri animasi tempatan pertama, Keluang Man yang menggabungkan animasi dua dimensi (2D) dengan latar belakang tiga dimensi (3D).
Menurut sumber, Pengurus Pemasaran Produk, Judy Wong berkata, Google Doodle khas itu dipamerkan sempena ulang tahun kelahiran Allahyarham Kamn, hari ini.
"Projek istimewa ini untuk menghargai individu yang banyak berjasa dalam sejarah animasi Malaysia. Google Doodle dipaparkan pada enjin pencarian Google akan dilihat jutaan rakyat Malaysia.
Image via Google Doodle
"Ia adalah momen bagi memberi inspirasi dan mengembalikan nostalgia terhadap insan kebanggaan negara.
"Di Malaysia, kita melihat Google Doodle sering memperingati insan yang meninggalkan legasi besar. Sebagai contoh, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Sudirman Arshad, Mokhtar Dahari dan ramai lagi.
"Disebabkan itu, Google Doodle sangat istimewa. Pada hari ini, Allahyarham Kamn ikutkan menjangkau usia 67 tahun, jadi kami melancarkan Google Doodle sebagai signifikasi terhadap sumbangannya kepada masyarakat.
"Pada masa sama, ini juga pengiktirafan terhadap sumbangan dalam bidang animasi di negara ini," katanya.
Keluang Man antara karya Allahyarham Kamn yang pernah mencetuskan fenomena apabila ditayangkan di kaca televisyen (TV) pada 1998
Sementara itu, Keluang Man adalah siri animasi legenda Malaysia yang pernah mencetuskan fenomena apabila ditayangkan di kaca televisyen (TV) pada 1998.
Diilhamkan Allahyarham Kamn bersama pengasas dan Pemilik UAS Animation, Natashah Md Noor, siri animasi Keluang Man diterbitkan sebanyak tujuh musim dengan lebih 140 episod yang mengumpan peminat terutama kanak-kanak pada era itu.
Menampilkan adiwira diilhamkan daripada keluang, elemen komedi diselang-selikan dalam siri animasi Keluang Man terus diingati biarpun sudah lebih dua dekad berlalu.
Watak utama diminati ramai adalah Borhan yang juga Keluang Man sebagai pesakit di hospital mental yang berubah menjadi adiwira bagi membanteras penjenayah pada waktu malam dengan bantuan rakan, Tiong Man.
Image via Google Doodle
Sebagai rekod, Allahyarham Kamn yang juga bekas Presiden Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) meninggal dunia pada usia 63 tahun akibat serangan jantung selepas hampir dua bulan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 2019.
Allahyarham Kamn pernah meraih anugerah Filem Animasi Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) pada 2004 dan 2005 melalui animasi Kumang Legenda Sarawak dan Animasi Legenda Kinabalu.
Bagi mengenang jasa Allahyarham Kamn, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bersama ANIMAS menobatkan arwah sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada malam Anugerah Kartunis dan Hari Kartunis pada 2018.
Image via Google Doodle
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment