Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gunung Ruang Indonesia Meletus, Ribuan Penumpang Terkandas Di KLIA Serta Sabah & Sarawak

Susulan itu Indonesia keluar amaran tahap tertinggi.

Cover image via Berita Harian Kosmo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak serta dari Sabah dan Sarawak ke Kuala Lumpur hari ini

Ia susulan Gunung Ruang, Indonesia yang mula meletus. Sekurang-kurangnya 800 penduduk di Wilayah Sulawesi Utara dipindahkan.

Gunung berapi yang terletak di pulau Ruang, kira-kira 100 kilometer dari ibu kota wilayah Manado, meletus lebih tiga kali sejak kelmarin.

Sementara itu, ribuan penumpang beberapa syarikat penerbangan antaranya Malaysia Airlines, AirAsia dan Batik Air untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak terkandas pada Khamis.

Menerusi tinjauan daripada Bernama, jam 11 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 mendapati rata-rata penumpang yang sepatutnya berlepas ke Tawau pada jam 8.20 pagi telah diberikan tiket penjadualan semula ke Sandakan pada jam 1.30 tengah hari ini.

Image via Berita Harian

Syarikat penerbangan MAS, AirAsia ambil langkah berjaga-jaga

Dalam satu kenyataan di laman Facebook, Malaysia Airlines mengumumkan pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur sementara lapan penerbangan lagi melibatkan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur.

Maklumat pembatalan penerbangan adalah seperti di bawah:

Image via Malaysia Airlines (Facebook)

Malaysia Airlines sedang berusaha membantu penumpang yang terjejas akibat pembatalan kepada penerbangan alternatif sebaik sahaja keadaan bertambah baik.

“Penumpang diminta untuk mengemas kini butiran hubungan mereka melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS.

“Keselamatan penumpang dan anak kapal menjadi keutamaan kepada Malaysia Airlines,” katanya.

Image via Berita Harian

AirAsia pula mengumumkan pembatalan 16 penerbangan, dengan semua penumpang terjejas boleh membuat perubahan sekali kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu, dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal pada laluan yang sama tanpa kos tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), peningkatan aktiviti gunung berapi di situ mungkin dicetuskan oleh gempa bumi tektonik yang menggegarkan Pulau Doi di Maluku Utara.

Letusan berkenaan bukan sahaja menyebabkan penduduk tempatan kehilangan tempat tinggal, tetapi juga mengganggu rangkaian komunikasi di kampung Laingpatehi, menurut BNPB.

Kerajaan daerah Sitaro mengisytiharkan status darurat dari tempoh 16 hingga 29 April ini untuk membantu usaha mitigasi bencana.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment