"Habislah" - Pengantin Buat Persembahan Silat, Netizen Kecoh Bini Dah Bagi Warning Awal
Memang jadi suami mithali lah lepas ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, setiap majlis perkahwinan sudah tentu ada persembahan khas untuk ditonton
Ada pengantin yang menjemput artis luar untuk menyanyi, ada juga pengantin itu sendiri yang membuat persembahan seperti menari dan sebagainya.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pengantin perempuan membuat persembahan silat telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pengantin perempuan disuruh buat persembahan silat untuk suaminya
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin sedang duduk di pelamin mereka pada hari bahagia itu.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pengantin perempuan diminta untuk membuat persembahan silat depan orang ramai. Pada awalnya, dia kelihatan segan malu namun dia yang juga pandai bersilat itu menunjukkan bakatnya.
Pengantin cantik itu tidak kekok langsung semasa melakukan persembahan. Namun, netizen kecoh dan berseloroh bahawa dia ada maksud tersirat yang ingin memberi amaran kepada suaminya.
Image via @ienaaaaaaaa_ (TikTok)
"Berdebar suaminya bila isteri dah buka langkah" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 629K tontonan, 48K tanda suka dan 600 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @ienaaaaaaaa_ (TikTok)
Image via @ienaaaaaaaa_ (TikTok)
Image via @ienaaaaaaaa_ (TikTok)
Image via @ienaaaaaaaa_ (TikTok)
Habislah bang, lepas ni duduk rumah jelah! :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment