Hadir Kenduri Kahwin Boleh Bawa Balik Sayur, Wedding Door Gift Ini Dapat Perhatian Ramai
Function juga ni.
Bila pergi ke kenduri perkahwinan, tuan rumah pasti akan memberikan door gift ketika tetamu hendak pulang
Berbanding pada masa lalu, door gift di majlis kenduri kahwin bukan semata-mata bunga telur sahaja. Sekarang berbagai jenis door gift diterima pengunjung selepas hadir ke sebuah majlis perkahwinan.
Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan pengunjung-pengunjung sebuah majlis perkahwinan di Indonesia membawa pulang sayur-sayuran selepas hadir ke majlis perkahwinan tersebut.
Lihat video berkenaan di bawah:
Tetamu bebas memilih sayur yang mereka ingin bawa pulang
Menerusi video yang tular itu, tetamu majlis perkahwinan tersebut dilihat beramai-ramai membawa pulang sayur-sayuran.
Bukan itu sahaja, mereka bebas memilih sayur-sayuran pililhan mereka dan sebanyak mana mereka mahu ambil.
Image via @kamaniya.organizer (TikTok)
"My uncle pernah buat doorgift nenas sebiji untuk setiap tetamu. Bukan nenas yang kecil tapi memang nenas yang normal size tu. Ingatkan dah rare, ini lagi rare" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 7M views, 541.4K likes dan 9.7K shares.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:Image via @kamaniya.organizer (TikTok)
Image via @kamaniya.organizer (TikTok)
Image via @kamaniya.organizer (TikTok)
Yang balik tangan kosong comfirm tu tak makan sayur :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via googleapis.com
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment