Hanya 3 Jam Dari Johor Bahru, Wanita Ini Kongsi Itinerari Pulau Bintan Selama 4H3M!
Banyak tempat best yang dia share!
Tidak dinafikan, Indonesia memang mempunyai pelbagai destinasi menarik yang boleh dikunjungi
Image via Ammboi
Di Indonesia, memang banyak pulau cantik yang boleh dikunjungi. Lebih menarik lagi, pulau-pulau tersebut mudah diakses dan dekat saja dengan Malaysia. Senang untuk kaki travel di luar sana!
Pulau Bintan merupakan salah satu pulau di Kepulauan Riau, Indonesia. Pulau ini merupakan sebahagian daripada provinsi Kepulauan Riau yang terletak di Tanjung Pinang.
Jika anda nak bercuti ke Pulau Bintan, boleh lihat itinerari dan bajet yang dikongsikan oleh Sakinah Khairuddin melalui laman TikTok, best!
Itinerari yang dikongsikan adalah selama 4H3M. Bajet yang disediakan pula mengikut satu keluarga iaitu dua dewasa dan seorang kanak-kanak. Untuk kos penginapan, anda juga boleh mencari penginapan yang lebih murah.
Baca itinerari penuh di bawah:
Hari Pertama
- Naik feri ke Tanjung Pinang dari Berjaya Waterfront (Dewasa: RM151 & Kanak-kanak: RM116 per jalan)
- Hotel Nite & Day (RM132 per malam termasuk sarapan)
- Restoran Ayam Taliwang
- Satay Padang
Image via Berjaya Waterfront
Hari Kedua
- Hire supir dari Tanjung Pinang ke Pulau Bintan (RM114)
- Pulau Indah Villa (RM1000 per malam termasuk sarapan) atau Hotel Grand Lagoi (RM300 per malam)
- Warung Yeah
Image via Hotels
Hari Ketiga
- Treasure Bay (RM35 per entry)
- Gurun Pasir & Danau Biru Kawal (RM14 per entry)
Image via Bintan Resorts
Image via Tribun
Hari Keempat
- Naik speedboat dari Telaga Punggur ke Tanjung Umban (RM16 per orang)
- Naik Gojek dari Tanjung Umban ke Batam Feri Centre (RM25)
- Balik JB naik feri (RM110 per orang)
Semua tempat ini menarik dan best, boleh masuk dalam wishlist! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment