seismik

Flight Selalu Delay? Ini Hak 'Percuma' Yang Boleh Anda Tuntut Termasuk Penginapan Hotel!

Rugi kalau tak tahu.

Cover image via Fly Trippers

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Disebabkan sempadan telah dibuka, ramai yang mula melancong ke luar negara untuk bercuti

Ramai yang telah membuat persiapan awal untuk bercuti termasuklah planning, menempah penginapan dan penerbangan. 

Namun, baru-baru ini memang banyak isu yang berlaku tentang penerbangan terutamanya banyak masa penerbangan ditangguh dan menganggu perancangan pelancong. 

Tahukah anda, kita boleh menuntut pelbagai hak jika penerbangan kita delay atau dibatalkan. Nak tahu lebih lanjut? 

Lihat video penuh itu di bawah:

Ada hak tuntut pampasan jika flight delay

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang peguam berkongsi tentang hak dan tuntutan yang boleh kita tebus jika penerbangan ditangguhkan atau dibatalkan. Hak tersebut telah dinyatakan di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan. 

Pampasan bergantung kepada punca pembatalan atau penangguhan penerbangan itu. Di bawah merupakan hak yang boleh anda tuntut. 

Penerbangan ditunda 2 jam atau lebih: Makanan, panggilan telefon dan akses internet
Penerbangan ditunda 5 jam atau lebih: Penginapan hotel dan pengangkutan
Penerbangan dibatalkan: Pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif

"Ya betul syarikat penerbangan makin hari makin melampau, kali ni tak boleh lepas" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.6M tontonan, 126K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut berterima kasih kepada peguam itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Haa lepas ni take note, mana tahu boleh dapat pampasan!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: