seismik

"Tutuplah Sempadan Kita!" - Rakyat Malaysia Desak Kerajaan Sekat Kemasukan Pelancong China

Varian yang baru boleh menyebabkan jangkitan semula atau kadar jangkitan tinggi.

Cover image via Malaysia Gazette & Berita Harian

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan varian terbaru dikesan di dalam negara dan perkara ini amat membimbangkan rakyat Malaysia

Dengan sempadan yang dibuka, lebih ramai lagi pelancong dari serata negara terutamanya dari China dapat masuk ke Malaysia. Ramai risau apa yang akan berlaku jika negara kita terus membenarkan pelancong China ini masuk ke Malaysia.

Malah, dua varian terbaru iaitu BA.5.2 dan BF.7 juga telah pun dikesan di Malaysia.

Setakat 31 Disember, sebanyak 4,148 kes daripada BA.5.2 dan 3 kes daripada BF.7. Lebih mengejutkan lagi, varian ini merangkumi sebanyak 80% di China.

Lihat posting penuh di bawah:

Walau bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, situasi ini akan disemak dari semasa ke semasa. Perkara ini juga akan diumumkan dengan segara oleh WHO tentang strategi mengatasi varian terbaru ini.

Lihat posting penuh itu di bawah:

"Jangan bagi pelancong atau pelawat dari sana tu masuk sini dah. Patut dah buat dari awal" - Netizen

Sementara itu, rata-rata netizen dilihat turut mendesak kerajaan untuk menutup sempadan kemasukan pelancong dari China. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: