seismik

"Lupa Diri" - Lelaki Sakan Joget Tak Ingat Dunia, Sekali Balik Kepala Teleng & Sakit Leher

Kemain dia joget.

Cover image via @aily_rosli (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kenduri kahwin rakan-rakan merupakan hari yang dinanti-nantikan

Bukan saja boleh meraikan raja sehari, kadangkala kita juga boleh reunion dengan kawan-kawan lama yang jarang berjumpa. asa kenduri kahwin inilah, kita akan berseronok seperti berjoget, menyanyi dan bergurau senda dengan rakan-rakan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki sakan berjoget sehingga sakit leher telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sakan joget masa kenduri, sekali balik kena pakai neck support

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan orang sedang menghadiri kenduri kahwin rakan mereka. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ada beberapa orang dilihat berjoget sakan tanpa henti. Ada yang menggoyangkan kepala dan badan. 

Lebih menghiburkan lagi, pada akhir video lelaki yang dilihat sakan berjoget itu pergi ke farmasi untuk membeli neck support kerana kepala dan lehernya sakit. 

"Sebabtu mak selalu pesan, jangan suka sangat nanti nangis" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 22K tontonan, 2K tanda suka dan 85 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tulah padahnya bila hyper sangat, aduhai dah sakit kepala!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: