Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Hanya Perlu Bayar RM883, Lelaki Ini Jimat RM5,415 Beli iPhone 14 Pro Max Guna Grab Points

Jimat teruk!

Cover image via Facebook

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika dulu kita sering memotong akhbar untuk mendapatkan kupon atau mata ganjaran. Kini, orang ramai boleh mendapat penjimatan daripada mata ganjaran digital.

Tular baru-baru ini, dalam sebuah Facebook komuniti tempatan untuk pengguna iPhone, Ng berkongsi screenshot dia menukar 893,590 mata dengan RM5,415.70 dalam pembelian kredit di kedai dalam talian Machines dengan hanya membayar menggunakan GrabPay.

Malah, dia membuktikan bahawa anda boleh menjimatkan sehingga RM5,000 dengan hanya rajin mengumpul mata ganjaran dengan GrabPay Wallet. Dia kini mampu membeli iPhone 14 Pro Max bernilai RM6,299 dengan hanya membayar RM883.30 sahaja.

Lihat posting itu di bawah:

Image via Facebook

Berkongsi bahawa dia membelanjakan RM10,000 dengan GrabPay setiap bulan

Menerusi posting tersebut, dia menulis "Mata GrabPay (saya) masih sedikit untuk ditukar dengan iPhone 14 Pro Max percuma. (Saya perlu) terus bekerja keras."

Bercakap kepada SAYS, dia juga berkongsi helah untuk mendapatkan lebih banyak mata dengan menambah nilai Dompet GrabPay dengan kad kredit Maybank, yang memberikan lima kali ganda mata, dan memilih untuk membayar dengan GrabPay untuk tiga kali ganda mata ganjaran.

Dia mendakwa kaedah itu akan memperoleh 6.5 kali lebih banyak mata Grab. Apabila ditanya untuk menjelaskan kad kredit Maybank yang digunakannya untuk menambah nilai Dompet GrabPay, dia menunjukkan gambar Platinum Mastercard Grab Maybank.

Di Maybank2u, kad kredit itu dikatakan memberi ganjaran kepada pengguna dengan "5x GrabRewards" untuk setiap RM1 transaksi yang dibelanjakan untuk Grab, dan "2x GrabRewards" untuk setiap RM1 transaksi yang dibelanjakan di luar negara, rentas sempadan dan e-dagang.

Malah, dia juga cuba mengelakkan godaan untuk menggunakan mata itu untuk sepanjang tahun.

“RM10,000 dibelanjakan untuk seisi keluarga, bukan untuk diri saya sahaja,”

"GrabPay mempunyai had perbelanjaan sebanyak RM10,000 dalam sebulan." katanya

Image via Maybank2u

"I'm going to start saving points. (iPhone) 15 next year, (the points) will take care of it" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terkejut melihat mata yang dikumpulkan oleh lelaki tersebut dan memberikan reaksi masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, posting itu telah meraih 2.3K likes, 1.9K comments dan 2.7K shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen dariapda warganet di Facebook:

Image via Facebook

Image via Facebook

Image via Facebook

Image via Facebook

Image via Facebook

Image via Facebook

Wow bestnya, banyak betul dia dapat jimat :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment