Hanya Terima Angpau RM5 Tahun Lalu, Wanita Tolak Jumpa Ibu Bapa Teman Lelaki Sempena CNY
Difahamkan, dia menerima angpau bernilai RM5 pada perayaan Tahun Baru Cina tahun lepas daripada ibu bapa teman lelakinya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita menolak untuk bertemu ibu bapa teman lelaki setelah berkali-kali tunjukkan effort tetapi menerima balasan yang bukan diharapkannya
Menerusi laporan The Independent Singapore, seorang wanita telah membuat hantaran di Reddit bertanya sama ada tindakan menolak permintaan teman lelaki untuk melawat ibu bapanya adalah salah.
Melalui hantaran itu, dia mendedahkan bahawa dirinya sentiasa berusaha untuk menunjukkan penghargaan kepada keluarga teman lelaki.
Tambahnya, dia kerap menghantar hadiah ke rumah ibu bapa teman lelakinya selepas pulang dari luar negara dan sentiasa memberi hadiah sempena musim perayaan terutamanya Tahun Baru Cina.
"Mereka tinggal di Johor, tetapi ibu bapanya bekerja di Singapura dengan gaji yang sederhana, walaupun mengikut standard Singapura," tulisnya.
Image via Okezone Travel
Merasakan angpau yang diberikan tidak setaraf dengan apa yang dilakukannya selama ini untuk mereka
Menurutnya, selepas dua tahun dalam hubungan yang serius, dia membuat keputusan melawat ibu bapa teman lelakinya pada perayaan Tahun Baru Cina tahun lalu.
Berharap ianya menjadi pengalaman yang berharga dan tidak dapat dilupakan, tambahan pula ini kali pertama dia bertemu dengan mereka, tetapi harapan itu berubah menjadi kekecewaan apabila dia melihat nilai angpau diterimanya daripada mereka.
"Tiba sahaja di rumah, saya menyedari angpau yang diberikan hanyalah RM5, malah ibu saudaranya beri lebih daripada itu.
"Tak dapat sembunyikan perasaan terhina, saya membuka pula angpau teman lelaki saya terima daripada mereka dan ia juga adalah RM5!
"Sejujurnya, ini adalah angpau terkecil yang pernah saya terima dalam hidup saya, tetapi saya akan baik-baik saja jika mereka sekurang-kurangnya memberi teman lelaki saya RM10.
"Kami sememangnya dalam hubungan yang serius tetapi sejujurnya saya tidak tahu bagaimana saya akan kembali dan berjumpa mereka semula," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment