Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Harga Kayangan" - Peniaga Dituduh Jual Kuih Mahal, Ramai Back Up Sebab Kos Bahan Dah Naik

"Kalau mahal, tak payah beli" - Netizen.

Cover image via @baitunclassicmy (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap peniaga sudah tentu banyak menghadapi cabaran dalam menjayakan sebuah perniagaan

Dalam tempoh berniaga, ada juga pelanggan yang memberikan cemuhan dan rasa tidak puas hati disebabkan harga yang diletakkan.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang peniaga terpaksa memberi penjelasan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) disebabkan tuduhan menjual makanan yang mahal telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pembeli laporkan kepada KPDNHEP kerana peniaga jual kuih talam keladi berlauk harga RM10

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berada di pejabat KPDNHEP untuk memberi keterangan lanjut tentang tuduhan harga makanan yang mahal.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ada pelanggan yang menuduh dia jual kuih talam keladi yang terlalu mahal. Difahamkan, kuih talam yang dijual berharga RM10.

Pada akhir video, dia dilihat menunjukkan bahan masakan dan harga setiap bahan untuk membuat kuih talam keladi itu. Ramai yang menyokongnya kerana bahan mentah sekarang bukanlah murah.

Image via @baitunclassicmy (TikTok)

"Saya menjual kuih, saya rasa memang patut pun harga tu, dengan santan keladi lauknya lagi, tenaga, gas, bahan mentah yang mahal" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 430K tontonan, 9K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @baitunclassicmy (TikTok)

Image via @baitunclassicmy (TikTok)

Image via @baitunclassicmy (TikTok)

Image via @baitunclassicmy (TikTok)

Tak nafikan memang bahan mentah sekarang semua mahal. Kalau rasa tak mampu beli, lebih baik diam dan jangan tutup periuk nasi orang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment