Hari-Hari Suruh Tapau Bagi Lauk Masakan, Wanita Bersyukur Dapat Ibu Mentua Penyayang
Bestnya berjiran dengan ibu mentua dia.
Bagi yang sudah berkahwin, keluarga pasangan sudah menjadi seperti keluarga kita sendiri
Kita perlulah menghormatinya terutama ibu dan ayah mentua. Mereka ini juga sudah menjadi seperti ibu bapa kita.
Namun, apabila sudah berkahwin kita dinasihatkan agar tidak serumah dengan ibu dan bapa mentua untuk mengelakkan pelbagai masalah.
Lain pula dengan video ini, apabila seorang wanita berkongsi perangai ibu mentuanya yang sering memberikan lauk buatnya dan suami telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Hari-hari ibu mentua suruh ambil lauk di rumahnya
Menerusi video tersebut, dapat dilihat wanita berkenaan berkongsi perbualan mesej WhatsApp bersama ibu mentuanya.
Ibu mentuanya itu sering memasak lebih dan menyuruhnya dan suami untuk datang mengambil lauk. Oleh kerana mereka berjiran, ia tiada masalah buatnya. Malah, hampir setiap hari juga ibu mentuanya memasak.
Wanita itu meluahkan rasa syukurnya dan berterima kasih kepada ibu mentuannya kerana selalu 'mengenyangkan' perut mereka.
Image via Twitter
"Untung dapat mentua macam ni. Dia sayang menantu dia" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 441.9K views, 970 retweets dan 2,660 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Bestnya hari-hari dapat masakan dari ibu :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment