Helikopter Ini Selamba Mendarat Di Padang Ipoh, Ambil 36 Bungkus 'Nasi Ganja'
Hasil semakan didapati helikopter itu hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di LTSAS Ipoh sahaja.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh pagi ini dengan mengambil pesanan 36 bungkus 'nasi ganja' daripada sebuah restoran nasi kandar popular di bandar raya itu
Menurut sumber, kehadiran helikopter yang dipercayai milik sebuah syarikat swasta itu mengejutkan orang ramai kerana ia terbang rendah di udara sebelum mendarat.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalatrash Wahid yang dihubungi mengesahkan, sebuah helikopter dikesan berada di Padang Ipoh pada jam 9.55 pagi hingga 10.15 pagi.
“Setelah membuat semakan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh, didapati helikopter tersebut hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh sahaja dan tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh,” katanya.
Sehubungan itu, pihaknya sudah menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak CAAM untuk siasatan lanjut.
Image via Astro Awani
Pemilik restoran terima tempahan 36 bungkus nasi berlauk ayam, daging, telur masin daripada pelanggan di Kuala Lumpur
Dalam pada itu, pemilik perniagaan nasi kandar yang enggan namanya disiarkan mengesahkan menerima tempahan 36 bungkus nasi berlauk ayam, daging, telur masin dari pelanggan di Kuala Lumpur.
Menurutnya, pada awalnya dia meragui sama ada tempahan itu benar atau gurauan kerana diberitahu pesanan akan diambil menggunakan helikopter.
"Saya agak ragu-ragu juga, kerana tidak pernah ada pelanggan yang mengambil tempahan dengan menaiki helikopter.
"Namun saya terkejut kerana rupa-rupanya tempahan makanan memang benar diambil menggunakan helikopter.
"Ini pertama kali tempahan diambil oleh pelanggan menggunakan helikopter. Ini merupakan tempahan paling mewah pernah saya terima, tetapi harganya tetap sama iaitu RM10 setiap bungkus," katanya.
Image via Astro Awani
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment