x

seismik

Kongsi Video Parodi 'Product Placement' Dalam Drama Melayu, Lelaki Ini Bikin Dekah Ramai

Kalah product placement drama Korea.

Cover image via @ijaicool (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

PPL atau product placement ini sering kita jumpa dalam setiap episod drama Korea bukan?

Jenama-jenama seperti Range Rover, Subway dan The Alley pernah mengambil peluang menyelitkan produk mereka untuk dipromosikan kepada penonton drama Korea.

Dengan cara ini, penonton secara tidak sedar terpengaruh untuk turut memiliki produk yang digunakan oleh pelakon kegemaran mereka dalam drama yang mereka tonton, sekali gus menaikkan penjualan produk sesebuah jenama itu.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video daripada sebuah drama Melayu yang product placement mereka kelihatan terlalu ketara dan seperti iklan di TV.

Begitupun, di sebalik tularnya video itu, muncul sebuah lagi video yang sama diparodikan oleh seorang pengguna di Twitter.

Tonton video penuh berkenaan di bawah:

Selamba promosikan produk seperti roti dan sebuah printer untuk dijadikan product placement

Dalam video berdurasi 56 saat itu, lelaki itu jelas menunjukkan beberapa produk seperti bungkusan roti dan sebuah printer yang dianggap product placement di dalam videonya.

Malah, apa yang lebih melucukan lagi, apabila dia memegang printer berkenaan dan bercakap dengannya mirip seperti video yang tular sebelum ini.

"Nasib baik air tak panas kalau tak melecur printer" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen berasa terhibur dengan video parodi yang dilakonkan semula oleh pemuda itu.

Malah, ada yang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana tampil berbeza beza dengan video vitamin C yang tular sebelum ini.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun meraih 197K views, 6.3K retweets dan 8.9K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Tapi nampak macam jersi Liverpool lagi menyerlah sebagai product placement berbanding dengan produk-produk yang lain :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: