Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Hina Sangat Ke" - Wanita Luah Rasa Kecewa Dipandang Rendah Hanya Kerana Kerja Retail

Yang penting halal.

Cover image via Twitter Mau Kerja H&M

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, bukan masanya untuk memilih pekerjaan yang sesuai dengan kita

Tambahan lagi bagi graduan yang baru menamatkan pengajian. Hal ini kerana terlalu banyak persaingan di luar sana yang membuatkan peluang untuk pekerjaan sesuai dengan bidang itu tipis.

Sudah tentu, semua orang pasti mahukan pekerjaan idaman mereka. Tetapi, siapalah kita mahu menentukan takdir. Dengan ekonomi zaman sekarang, bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan pekerjaan. Yang penting kerja itu adalah halal.

Seperti seorang wanita ini yang meluahkan rasa kecewanya selepas dipandang rendah oleh beberapa orang hanya kerana bekerja sebagai retail telah mendapat perhatian ramai.

Lihat ciapan itu di bawah:

Image via Twitter

Bengang kena downgrade kerja retail walhal lepasan universiti

Menerusi ciapan tersebut, kelihatan seorang wanita di laman Twitternya meluahkan rasa kecewa selepas dia dipandang rendah kerana kerja retail.

Difahamkan, dia diperlekeh oleh lima orang pelanggan yang bertanyakan adakah ini kerja tetapnya. Dia kemudian menjawab ya, ini adalah kerja tetapnya selepas saja menamatkan pengajian di universiti.

Apa yang membuatkan dia marah adalah pelanggan itu siap memperlekehnya dengan menjawab "Masuk U last last kerja macam ni."

Tambahnya lagi, walaupun dia bekerja di bahagian retail, dia tetap gembira kerana tempat kerjanya memberikan kemudahan seperti cuti dan banyak lagi.

Lihat sambungan ciapan itu di bawah:

Image via Twitter

Image via Twitter

"Saya respect orang kerja macam awak. Mentaliti masyarakat yang salah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan pengalaman mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 7,071 retweets, 1,417 quotes tweets dan 12.5K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Dia tak tahu kerja retail ni lagi banyak gajinya sebenarnya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment