seismik

Ibu & Ayah Kerap Tanya Bila Nak Beli Honda, Individu 'Pening' Sebab Gaji Hanya RM1,500

Ada rezeki lebih dapatlah beli.

Cover image via Wordpress & Satkoba Press

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, bukan semua perkara yang kita mahu boleh dapatkan dengan mudah

Hal ini kerana banyak faktor yang perlu diambil kira seperti kewangan, ekonomi dan sebagainya.

Sebagai ibu bapa, pastinya mereka mahu melihat anak-anak berjaya dan membeli pelbagai barangan atas usaha mereka betul tak? Namun, adalah lebih elok jika mereka tidak 'memaksa' atau membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain.

Situasi itu sama seperti seorang individu ini yang meluahkan rasa kecewanya terhadap ibu bapanya yang menginginkan agar dia membeli sebuah kereta idaman telah menjadi perhatian ramai.

Lihat ciapan itu di bawah:

Kecewa ibu dan ayah asyik bandingkan dengan anak orang lain

Menerusi ciapan tersebut, kelihatan akaun Twitter itu berkongsi luahan seorang individu yang berkongsi rasa kekecewaanya terhadap ibu dan ayahnya.

Dia memberitahu, ibu dan ayahnya kerap bertanya bilakah dia mahu membeli kereta Honda, walhal gaji individu tersebut hanya RM1,500 sebulan.

Malah, ibu dan ayahnya juga sering membandingkan kejayaan anak orang lain berbanding dirinya.

"Ringkasannya, saya sebagai anak berharap ibu bapa dekat luar sana, instead of cakap bila nak pakai Honda, mungkin lagi baik jika cakap ibu doakan awak kerja bagus dapat beli Honda," luahnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via AutoBuzz

"No. Pasal expenses ni, jangan dengar cakap orang lain, just listen to your wallet" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberi pandangan dan reaksi mereka masing-masing mengenai isu tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 712 retweets, 482 quotes tweets dan 1,652 likes di Twitter.

berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com

Orang kata ukur baju di badan sendiri, tak mampu jangan seksa diri ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: