seismik

Isu Hasilkan Video Masakan Yang Tidak Berkhasiat, Khairul Aming Tampil Beri Penjelasan

Tenang je dia jelaskan.

Cover image via @khairulaming (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kecoh baru-baru ini apabila selebriti sosial media, Khairul Aming menjadi bualan hangat dek kerana video masakannya

Khairul Aming yang menjadi fenomena dalam dunia masakan maya lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan telah ditegur Pakar Perubatan, Dr. Rafidah Abdullah sebab bahan kandungan dalam masakannya.

Menerusi ciapan di Twitter Dr. Rafidah sebelum ini,  beliau meminta agar Khairul Aming menyediakan resipi lebih sihat kepada orang ramai.

Ciapannya itu ternyata mendapat perhatian ramai yang memberikan reaksi mereka termasuklah tuan empunya badan sendiri.

Lihat ciapan itu di bawah:

Tenang menjawab dan beri respon mengenai isu tersebut

Selepas tular isu berkenaan, Khairul Aming telah tampil sendiri untuk menjelaskannya di dalam sebuah video.

Menurutnya, beliau mengakui menerima teguran itu teguran dan nasihat yang diberikan berhubung isu penggunaan minyak masak berlebihan dalam masakannya.

Malah, beliau juga sempat berkongsi perjalanan penurunan berat badannya dengan penjagaan pemakanan dan aktiviti senaman.

"Pertamanya, kita boleh kurangkan minyak, kita boleh tukar resipi, kita boleh tukar bahan, tapi ia akan jadi tak sedap macam original"

"Kalau kita nak sambal yang sedap kita kena masak dengan minyak yang banyak supaya ia pecah minyak. Kalau nak ayam goreng yang juicy dan crispy, kena deep fry dan goreng dengan minyak yang banyak," jelasnya.

Tambahnya lagi, menjadi tanggungjawab beliau dalam memastikan setiap resipi yang dihasilkan adalah tepat dan tidak dipersoalkan oleh mana-mana individu.

Lihat video itu di bawah:

Dr Rafidah mohon maaf kepada Khairul Aming

Susulan daripada ciapannya sebelum ini, pakar kesihatan, Dr Rafidah Abdullah tampil memohon maaf kepada pempengaruh masakan, Khairul Aming di atas kenyataan kononnya pempengaruh itu tidak mengutamakan kesihatan dalam masakan.

Ia selepas nasihat berbetuk ciapan yang dituju kepada Khairul Aming itu tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Lihat ciapan itu di bawah:

"Inilah hasilnya bila bersuara dengan akal dan kebijaksanaan tanpa mengheret emosi" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pendapat mereka masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 530K views, 17.5K retweets dan 38.1K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Isu pun dah selesai, harap semuanya baik-baik saja lepas ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: