Siap Beli iPhone 13 Pro Max & Kebas RM46K, Pasangan Curi Kad Dalam Mesin ATM Kini Diburu
Kesian mangsa.
Kes jenayah di dalam negara kini semakin membimbangkan
Tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, kita perlu berhati-hati bila berseorangan di tempat tertentu.
Hal ini kerana, jenayah kini boleh berlaku di mana-mana saja tempat dan keadaan. Jadi, adalah lebih baik jika kita mempunyai peneman.
Tular satu klip video di Twitter ini yang dikatakan pasangan suami isteri menggunakan kad ATM mangsa yang tersangkut di mesin sehingga kerugian puluhan ribu ringgit telah mendapat perhatian ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Rosakkan mesin ATM dan ambil kad mangsa yang tersangkut
Menerusi ciapan tersebut, difahamkan pasangan terbabit telah merosakkan sebuah mesin ATM. Mereka kemudian berdiri di belakang mangsa tersebut dan berlakon seperti mahu mengeluarkan wang tetapi sebenarnya sedang memerhati nombor pin mangsa.
Disebabkan itu, kad mangsa mula tersangkut dek kerana mesin ATM telah dirosakkan. Bukan itu saja, selepas mengambil kad mangsa, pasangan tersebut telah menggunakannya sehingga mangsa kerugian RM46,000.
Salah satu transaksinya adalah dengan pembelian telefon pintar iPhone 13 Pro Max di sebuah kedai telekomunikasi di Kapar, Klang. Difahamkan, mangsa telah pun membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
Lihat sambungan ciapan di bawah:
"How can eh beli pakai duit curi untuk anak bini" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam tindakan pasangan terbabit.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 11.4K retweets, 891 quotes tweets dan 5,590 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!