seismik

"Kalau Aku Mahu Terkencing" - Ramai Teruja Lihat Sesi Latihan Askar Dengan Ular Ini

Kita pula seram tengok.

Cover image via @bxngpy (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjadi anggota penyelamat bukanlah satu pekerjaan yang mudah

Hal ini kerana mereka perlu memastikan keselamatan orang awam dijaga bagi mengelak perkara yang lebih buruk.

Anggota keselamatan seperti askar, polis dan bomba bertanggungjawab dalam tugas mereka masing-masing kepada orang awam.

Baru-baru ini tular, sebuah video di Twitter memaparkan sesi latihan anggota askar dengan ular telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Lepaskan ular dalam kalangan anggota untuk cuba keberanian

Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu beberapa anggota askar sedang melakukan latihan mereka.

Namun, perakam yang juga difahamkan pelatih mereka mengeluarkan dua ekor ular untuk menguji keberanian masing-masing. Dua ekor ular itu dilepaskan berkeliaran di celah-celah kaki mereka.

"Nampak tak apa yang saya cuba tunjukkan, ular ni kalau tak kacau dia, dia tak ada masalah," jelasnya.

"Great experience untuk diaorang! Kalau aku lari dulu dah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 124.7K views, 2,320 retweets dan 4,116 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Kalau min, memang cabut dulu dah tak berani dengan ular ni :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: