Gadis Kesal Doktor Di Klinik Tolak Untuk Rawat Kaki Digigit Anjing, Alasan Tak Tahu Cara
Biar betul?
Haiwan peliharaan merupakan haiwan yang sering berada di rumah kita
Rata-rata orang akan membela kucing sebagai haiwan peliharaan, namun bagi bukan Muslim pula mungkin anjing ataupun ada juga yang membela haiwan lain.
Berbeza dengan kucing, anjing ini lebih agresif dan agak sedikit berbahaya. Iyalah dengan tubuh mereka yang besar dan gigi yang tajam sehingga ada yang takut mahu mendekatinya.
Baru-baru ini tular di laman Twitter apabila seorang gadis berkongsi situasinya digigit oleh seekor anjing namun doktor di klinik telah menolak untuk merawatnya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat ciapan itu bawah:
Doktor beri alasan tak tahu cara nak merawat luka
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi situasi kakinya telah digigit oleh seekor anjing ketika datang ke rumah sepupunya.
Disebabkan itu, dia terus bergegas ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Namun, dia meluahkan rasa kecewa apabila doktor di klinik tersebut meminta dia untuk pergi ke klinik lain kerana dia tidak tahu untuk merawatnya.
Situasi itu membuatkan dia terkejut kerana alasan yang diberikan doktor berkenaan.
Lihat sambungan ciapan di bawah:
"Klinik ni pernah kena maki dengan saya ya" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan ada juga yang mendakwa pernah kena situasi yang sama.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 4,109 retweets, 414 quotes tweets dan 4,320 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!