Wanita Minta Putus Sebab Penat Hadap Hubungan Toxic, Kekasih Merayu Minta Jangan Tinggal
Banyak betul voice notenya.
Alam percintaan sememangnya satu perkara yang indah buat pasangan bercinta
Namun, bukan semuanya manis belaka berada di fasa ini. sudah tentu salah faham dan pergaduhan akan terjadi. Iyalah, tipulah kalau cakap tiada masalah langsung dalam hubungan anda betul tak?
Tambahan lagi, jika sudah bercinta bertahun-tahun lamanya. Memang sayang nak lepaskan orang yang kita cintai. Tapi, siapalah kita mahu menentukan takdir yang tertulis.
Tular sebuah video di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi reaksi bekas teman lelakinya selepas saja mereka putus telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tak boleh terima kenyataan kekasih mahu putuskan hubungan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita di laman TikToknya berkongsi perbualan menerusi voice note di WhatsAppnya.
Difahamkan, dia telah memutuskan hubungan dengan teman lelakinya atas sebab yang tidak dikenal pasti. Namun, difahamkan punca hubungan mereka putus adalah kerana penderaan mental yang telah dihadapi oleh wanita berkenaan.
"Daripada awal perkenalan lagi kau merayu minta maaf selepas buat salah. lepastu? Kau tetap sama, tak berubah. Tetap mendera mental orang dengan cara kau"
"Dulu ya aku bodoh, aku tak faham situasi. Tapi sekarang, tak boleh," tulisnya
"Jangan ada hubungan yang toxic, merana diri" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pendapat mereka masing-masing. Malah, ada juga yang terhibur mendengar voice note lelaki berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.6M views, 145.6K likes dan 12.6K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!