"Pedih Mat Ayat" - Bagi Nasihat Untuk Orang Berpuasa, Kata-Kata Budak Ini Makan Dalam
Fuh, insaf terus.
Sebagai umat Islam, bulan Ramadan merupakan bulan yang paling dinanti-nantikan
Pada masa inilah ramai orang berebut-rebut mahu membuat amal kebaikan kerana banyak manfaatnya. Solat tarawih juga menjadi salah satu perkara yang tidak dilupakan.
Namun, jika kita hanya sekadar berpuasa tanpa mendirikan solat, melakukan kebaikan juga tiada gunanya.
Seperti video di TikTok ini apabila seorang budak lelaki memberikan kata-kata 'mendalam' tentang orang berpuasa telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Ibu terdiam dengar kata-kata anak yang mendalam
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita semasa itu sedang bersama dengan anak lelakinya. Dapat dilihat anaknya sedang menadah air di dalam plastik.
Namun, plastik itu sebenarnya koyak di bahagian bawah. Melihat situasi itu, si ibu kemudian menegurnya dan bertanya adakah dia menyedarinya.
Tidak disangka pula jawapan anaknya 'makan dalam' sehingga dia sendiri terkelu.
"Macam itulah manusia, dorang tahu dorang puasa tapi tak solat, ibaratkan macam air yang mengalir ni. Kita puasa dapat, tapi pahala tak dapat," ujarnya.
"Deep ayat dia, tak faham tak tahulah" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasainya kata-kata dari budak itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 914.6K views, 57.7K likes dan 1,391 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!