seismik

Gadis Buat Gaya Pilot Masa Beri Pengumuman Dalam Pesawat, Ramai Pula Boleh Relate

Auto tak faham dia cakap.

Cover image via @era.rawther (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai di sini yang pernah menaiki kapal terbang bukan?

Kebiasaannya, kita akan menaiki kapal terbang untuk pergi ke destinasi yang jauh. Namun, bukan semua orang berani naik kapal terbang ini. Ada sesetengah yang takut juga kerana macam-macam hal difikirnya.

Di dalam pesawat, akan ada seorang pilot dan co pilot yang akan memberi info atau pengumuman dari semasa ke semasa.

Contohnya seperti cuaca yang akan dihadapi, waktu perjalanan dan sebagainya. Kadangkala percakapan mereka itu kita juga tidak faham dek kerana mikrofon yang terlalu dekat betul tak?

Sama seperti gadis ini yang melakonkan kembali gaya seorang pilot ketika memberi pengumuman di dalam pesawat telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Buat parodi gaya pilot bagi pengumuman

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis membuat parodi pilot ketika mahu memberi pengumuman dalam pesawat.

Apa yang membuatkan ramai boleh relate adalah cara percakapan dan suara pilot tersebut yang seolah-olah seperti 'makan' mikrofon ketika bercakap. Situasi itu membuatkan ramai tidak memahaminya.

"Hahaha betul aku sebiji pun tak faham apa mereka announced" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut boleh relate dan terhibur dengan lakonan gadis itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 84.6K likes dan 1,690 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Betul lah, kadang kita pun tak faham apa yang pilot cuba sampaikan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: