Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Pesakit Tidak Berkahwin & Diterima Atas Dasar Kemanusiaan" - Hospital Bersalin Razif

Pihak hospital menjelaskan, pesakit diterima masuk atas dasar kemanusiaan walaupun tidak berdaftar dan tidak menjalani saringan awal.

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kecoh di media sosial sejak semalam apabila jenazah seorang bayi didakwa 'dibekukan' oleh sebuah hospital bersalin swasta di Klang, Selangor baru-baru ini

Begitupun, pihak hospital swasta itu Hospital Bersalin Razif (HBR) tampil menafikan dakwaan tular pihaknya 'menyimpan' jenazah bayi dan melarang disemadikan lebih awal.

HBR dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook menjelaskan, ibu bayi itu diterima masuk ke hospital atas dasar kemanusiaan.

"Pesakit mendakwa dia hamil anak pertama dan tidak pernah menjalani pemeriksaan antenatal sepanjang tempoh itu. Sebaliknya, dia hanya menggunakan aplikasi telefon pintar untuk memantau kehamilannya.

"Pesakit tiba di hospital dalam keadaan sakit mahu bersalin dan diiringi seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai suaminya. Bagaimanapun, dia kemudiannya mengaku bahawa mereka tidak berkahwin.

"Pesakit diterima masuk atas dasar kemanusiaan walaupun tidak berdaftar dan tidak menjalani saringan awal," katanya.

Hospital Bersalin Razif terletak berdekatan Jalan Sri Sarawak 20a/Ks2, Taman Sri Andalas di Klang, Selangor.

Image via Dagang News

Lelaki perkenalkan dirinya sebagai suami itu meninggalkan hospital dan gagal memberikan kerjasama penuh dalam urusan pengebumian

Tambah pihak HBR lagi, pesakit dibawa ke bilik bersalin dan melahirkan serta-merta.

"Malangnya, bayi yang dilahirkan mengalami sindrom cyclops, dengan hanya satu mata, tiada hidung dan tiada dubur. Bayi itu juga menunjukkan tanda-tanda kritikal dan meninggal dunia beberapa minit selepas itu.

"Pihak hospital memaklumkan kepada lelaki yang menemani pesakit mengenai keadaan bayi dan mengarahkan untuk menguruskan pengebumian. Namun, lelaki itu meninggalkan hospital dan gagal memberikan kerjasama penuh dalam urusan pengebumian.

"Pesakit dibenarkan keluar dari hospital keesokan harinya dan berjanji bahawa suaminya akan menguruskan pengebumian. Namun selepas beberapa hari, pihak hospital masih menunggu proses itu dijalankan," kata kenyataan itu lagi.

Image via Mr Wan Cai Official (Facebook)

Menurut HBR, sepanjang tempoh menunggu, pihaknya memberikan sokongan kepada pesakit termasuk kaunseling, makanan percuma, dan layanan mesra daripada kakitangan hospital.

"Pesakit itu sihat dan dibenarkan keluar pada hari berikutnya. Pada keesokan harinya dia memaklumkan bahawa dia tidak dapat menjelaskan jumlah bil RM2,480. Dia kemudian dimaklumkan bahawa dia boleh menguruskan pengebumian dulu sebelum membayar bil.

"HBR diberitahu si 'suami' akan uruskan pengebumian. Jadi, HBR menunggu lelaki itu untuk mengambil bayi berkenaan untuk dikebumikan.

"Hari-hari berlalu, HBR terus mengingatkannya untuk meneruskan pengebumian tetapi dia terus berkata 'suami' sedang mengatur. Dia dilayan dengan baik bergaul dengan kakitangan wad, diberikan kaunseling dan makanan percuma," katanya.

Lelaki itu datang melawat pasangannya selama beberapa minit sekali dalam dua hingga tiga hari

"Cubaan untuk bercakap dengannya mengenai pengebumian gagal. Pengurusan HBR berbincang dengan pesakit untuk mendapatkan bantuan polis bagi membantu menyelesaikan pengebumian tetapi dia merayu tidak berbuat demikian. Dia terus memberitahu bahawa semua keputusan adalah daripada 'suaminya'.

"Dia juga enggan memberikan maklumat mengenai ahli keluarga atau kenalan untuk membantu menyelesaikan isu pengebumian. Dia mendakwa tinggal di bilik sewa bersama 'suami'. Dia tidak mempunyai saudara atau kawan yang berdekatan," katanya.

HBR berkata, pihaknya kekal komited terhadap ketelusan dan pematuhan dalam semua prosedur.

Terdahulu, Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai Official berkongsi kisah sedih seorang jenazah bayi lelaki didakwa telah 'dibekukan' dan ditahan selama 16 hari di sebuah hospital swasta kerana bapanya tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menguruskan jenazah berkenaan.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai warganet yang simpati dengan nasib menimpa bayi itu malah turut mengecam tindakan pihak hospital.

Lihat kenyataan penuh rasmi yang dikeluarkan oleh Hospital Bersalin Razif di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment