Hot FM Tampil Berkolaborasi Dengan Bobbysan Supply Lancar Koleksi 'Ice Hockey Jersey'
Koleksi 'Ice Hockey Jersey' itu didatangkan dengan dua warna berbeza iaitu 'Home' berwarna merah dan 'Away' berwarna biru gelap.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat julung-julung kalinya, stesen radio di bawah Media Prima Audio, Hot FM berkolaborasi dengan jenama pakaian tempatan iaitu Bobbysan Supply dan melancarkan dua rekaan 'Ice Hockey Jersey'
Pelancaran ini adalah tanda penghargaan kepada kejayaan berterusan Hot FM yang terus diterima oleh pendengar di Malaysia dan berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Stesen Radio No. 1 di Malaysia.
Dengan tema "Daripada Lokal Untuk Lokal", kerjasama ini adalah bukti komitmen Hot FM untuk sentiasa menyokong dan mempromosikan jenama tempatan. Ini bukan sahaja melibatkan muzik dan industri hiburan, tetapi kini merangkumi dunia fesyen tempatan.
Kerjasama dengan Bobbysan Supply menunjukkan bahawa Hot FM bukan sekadar radio; ia adalah gaya hidup yang menghiburkan, menyampaikan maklumat terkini, dan kini sebagai salah satu ikon fesyen yang diterima masyarakat. Kolaborasi eksklusif “Ice Hockey Jersey” ini menampilkan dua warna berbeza iaitu “Home” berwarna merah dan “Away” berwarna biru gelap.
Image via Asyraf Hamzah/Harian Metro
Pengarah Kandungan Kanan Hot FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan berkata, idea itu tercetus kerana jersi yang kini kembali jadi trend dalam arena fesyen.
"Kolaborasi ini tercetus ketika zaman jersi sedang menjadi trend. Jadi, kami hubungi pihak Zahiril memandangkan Bobbysan memiliki DNA yang lebih kurang sama dengan Hot FM, maka, kami rasa kerjasama ini adalah pilihan paling tepat.
"Mereka dah cukup dikenali, jadi, apabila berjumpa dan berbincang dengan pihak Bobbysan, kami rasa bahawa kerjasama ini dapat pergi lebih jauh," katanya.
Tambah Khairil, usaha ini juga bagi menjadikan Hot FM bukan sekadar stesen radio, tetapi satu gaya hidup.
"Kami cuba benda baharu dengan melangkah masuk ke dunia fesyen dan nak lebih meluaskan rangkaian jenama Hot FM itu sendiri. Hot FM adalah gaya hidup dan bukan sekadar stesen radio.
"Kolaborasi ini juga adalah untuk pendengar kami. Jadi, mereka boleh memakai jersi ini dan kami pun akan menggayakannya kalau ada acara," katanya.
Dijual pada harga RM159 untuk sehelai jersi mulai 25 Julai ini
Sementara itu, Pengasas dan Rakan Kongsi Bobbysan Supply, Zahiril Adzim berkata, pihaknya bersyukur dan berbesar hati atas kerjasama ini. "Kami ingin menyumbang kepada jenama tempatan untuk terus berkembang dalam arena aliran fesyen jalanan ini.
"Rekaan untuk jersi ini adalah daripada saya sendiri. Tapi, saya juga mendapatkan persetujuan daripada Hot FM. Angka 00 adalah simbolik kepada neutral," katanya.
Para peminat dan pengikut Hot FM dan Bobbysan Supply boleh mendapatkan koleksi eksklusif ini di akaun TikTok bobbysansupply serta pada 25 Julai 2024 boleh didapati secara langsung di laman sesawang www.bobbysansupply.com atau di kedai fizikal mereka yang terletak di Trivo Suria Jelutong, Bukit Jelutong Shah Alam, Selangor.
Harga jualan rasmi adalah RM159. Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial @BobbysanSupply atau Hot FM di @hotfm976.
Image via Asyraf Hamzah/Harian Metro
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment