Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ibu Bapa Diugut Bunuh Gara-Gara Isu #Blockout2024, Naim Daniel Terus Buat Laporan Polis

Banyak sangat keyboard warrior ni.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel nekad membuat laporan polis terhadap seorang individu yang menulis komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya baru-baru ini

Image via @naimdanielx (Instagram)

Menerusi posting yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Naim menyertakan beberapa tangkap layar komen lain yang menghina dan mencaci dirinya berikutan isu boikot baru-baru ini.

"Assalamualaikum warga maya; Jika ini adalah sebahagian daripada cara untuk #blockout2024 maka terangkan kepada saya, apakah diHALALkan untuk mengugut, menghina, memfitnah, mencaci maki tanpa usul periksa ATAS NAMA BOIKOT?

"Hanya kerana saya berpesan supaya jangan melampau dalam memboikot, sehingga perlu menghina perkara yang tidak ada kena mengena dengan perkara yang diboikotkan, saya berpesan supaya tidak bersifat 'Ghuluw' atau melampau sehingga mampu mewujudkan cabang dosa dalam masa kita cuba melakukan sesuatu atas nama kebaikan," tulisnya.

Nekad buat laporan polis kerana merasakan keselamatan keluarga diancam

Menurut laporan Harian Metro, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin berkata, dia kemudiannya dipanggil pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan untuk diambil keterangan.

"Komen individu itu sangat melampau. Saya tidak boleh berdiam diri apatah lagi komen itu mengancam keselamatan saya dan keluarga. Saya dimaklumkan oleh polis yang mereka sudah dapat semua maklumat individu berkenaan. Jadi, saya serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut," katanya.

Image via @naimdanielx (Instagram)

Tak pernah menidakkan kesengsaraan saudara di Palestin, malah tak pernah terima sebarang bentuk tajaan barangan mewah dari jenama yang menyokong Israel

"Alhamdulillah, saya dibesarkan dalam keluarga yang penyayang, menerapkan nilai-nilai Islam dan empati sesama manusia, hubungan sesama alam juga manusia.

"Saya dididik penuh hikmah dan sopan oleh kedua orang tua saya yang juga beragama Islam. Saya tidak pernah menidakkan kesengsaraan mahupun kezaliman saudara mara sedarah seagama di sana.

"Malah saya juga tidak pernah menerima sebarang bentuk tajaan barangan mewah dari jenama yang menyokong rejim laknatullah. Saya dikatakan 'terpaling'. Malah siap ada mereka mereka yang menyalah erti dan menggunakan naratif yang berbeza bagi menentang saya.

"Jadi, terangkan kepada saya, apakah ini semua, yang baru dalam berapa dalam ribuan komentar yang saya dapat dalam masa dua hari ini, adalah halal atas dasar 'boikot'?," tulisnya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment