seismik

Atlet Kayak Negara Parah Dirempuh & Diseret 600 Meter Gara-Gara Pemandu Mabuk

Difahamkan, pemandu berkenaan telah ditahan pihak polis.

Cover image via My Metro & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan di Johor Bahru, Sabtu lalu

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL), apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh dan diseret sejauh 600 meter oleh sebuah kereta dipercayai dipandu oleh lelaki mabuk.

Berdasarkan rakaman yang tular di media sosial, kereta berkenaan disyaki memandu dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum melanggar dan menyeret mangsa.

Terkini, polis telah menahan pemandu mabuk yang berbangsa India itu

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, ujian saringan pernafasan ke atas suspek yang berusia 30-an mendapatinya positif alkohol manakala ujian air kencing pula bebas daripada sebarang pengaruh dadah.

"Siasatan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod saman trafik yang belum dijelaskan tetapi tidak mempunyai rekod jenayah.

"Kemalangan tersebut berlaku semasa mangsa menunggang motosikal di Lebuhraya EDL menghala ke Kota Tinggi dilanggar kereta Toyota Vios dipandu suspek dari arah belakang pada jam 4.30 petang Sabtu.

"Kereta suspek dari arah belakang itu mengubah haluan secara tiba-tiba dari lorong tengah ke lorong kiri dan melanggar mangsa,"
katanya.

Mangsa retak bahu kanan, tulang pingggul dan luka di bahagian kaki, sementara suspek tidak mengalami sebarang kecederaan

Siti Nurul Masyitah yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Sea 2023 melalui acara berkayak perahu naga kini sedang menerima rawatan di Hospital Columbia Asia di Iskandar Puteri. Manakala, suspek pula ditahan selama 24 jam untuk siasatan dan telah dibebaskan dengan ikat jamin.

"Pihak polis memohon saksi yang melihat kejadian tersebut agar tampil ke balai trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek 014-6977122," katanya lagi.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan.

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga minimum tujuh tahun atau maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM30,000 atau maksimum RM50,000.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: