Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ibu Luah Rasa Terharu Rumah Tetap Diziarahi Kawan Anak, Walau Sudah 3 Tahun Dijemput Ilahi

Ternyata ibu Allahyarham terharu dan gembira menyambut kehadiran mereka lebih-lebih lagi kerana ketiadaan anak-anak yang tidak berdaya untuk pulang susulan PKP.

Cover image via Twitter @aminrahaman_

Persahabatan adalah nikmat yang indah bagi setiap manusia

Mempunya sahabat yang baik adalah antara anugerah daripada Allah SWT.

Oleh itu adalah penting untuk kita sendiri menjadi sahabat yang baik di samping bijak dalam memilih sahabat kita. Ini agar keindahan persahabatan itu dapat memberi manfaat kepada kedua-dua kita dan sahabat kita sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Amin Rahaman telah menceritakan bagaimana seorang sahabat tetap berada di dalam ingatannya walaupun sudah lama pergi meninggalkan dunia

Dalam perkongsiannya, difahamkan arwah Syafi Amsyar telah dijemput Ilahi sekitar tiga tahun yang lalu.

Image via Twitter @aminrahaman_

Image via Twitter @aminrahaman_

Meskipun begitu, Amin serta beberapa lagi orang rakan tetap tidak melepaskan peluang menziarahi ibu serta bapa arwah pada hari raya baru-baru ini.

Lebih menghibakan lagi ialah kedatangan sekumpulan sahabat itu ternyata telah membuatkan ibu Allahyarham terharu dan gembira menyambut kehadiran mereka lebih-lebih lagi kerana ketiadaan anak-anak yang tidak berdaya untuk pulang susulan PKP.

Image via Twitter @aminrahaman_

Image via Twitter @aminrahaman_

Perkara ini telah dikongsikan sendiri Amin menerusi gambar yang dimuat naiknya di laman Twitter beserta dengan paparan skrin mesej pesanan ringkas yang dihantar ibu arwah.

Ternyata perkongsian itu telah menarik perhatian ramai orang yang mana rata-rata yang terharu dengan tindakan sekumpulan sahabat itu

Selain memuji persahabatan yang terjalin di antara sekumpulan lelaki ini, ada juga yang mendoakan kesejahteraan arwah. Selain itu terdapat juga yang berkongsikan gambar melakukan perkara yang sama mirip seperti Amin.

Antara komen dari warganet:

Image via Twitter @aminrahaman_

Image via Twitter @aminrahaman_

Image via Twitter @aminrahaman_

Barangkali ini yang dinamakan kawan dunia akhirat.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment