seismik

"Impian Mak Tercapai" - Ibu Meninggal Dunia Di Bulan Puasa, Lelaki Ini Kongsi Kisah Sayu

Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya.

Cover image via Twitter @hadzeriaz

Benda yang paling menakutkan bagi setiap insan di muka bumi ini adalah kehilangan orang disayangi

Image via Salam Today

Ia ibarat mimpi ngeri apabila insan yang kita sayang terutamanya ibu bapa ataupun ahli keluarga terdekat pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Namun, ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan. DariNya kita datang dan kepadaNya juga kita akan kembali. Setiap insan pastinya akan pergi meninggalkan dunia ini namun dengan cara yang berbeza-beza.

Ada yang maut akibat kemalangan, ada juga yang meninggal dunia ketika sedang menjalankan ibadah, malah ramai juga yang 'pergi' selepas derita penyakit yang ditanggung. Sememangnya, ia adalah rahsia Allah.

Selepas pemergiannya, yang tinggal nanti hanyalah kenangan yang ada ketika bersama sewaktu masih hidup tanpa mampu menatap lagi wajah seperti hari-hari biasa.

Namun begitu, meskipun berasa sayu dan sedih, hidup tetap perlu diteruskan dan kita hanya mampu memanjatkan doa kepada Allah agar insan yang telah pergi itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Di Twitter, seorang lelaki telah meluahkan rasa sayu akibat kehilangan ibu tersayangnya baru-baru ini

Apa yang lebih menyedihkan, ibu kepada pengguna Twitter bernama Muhaimin Alias ini dijemput Ilahi di bulan paling mulia, iaitu bulan Ramadan.

Menurut perkongsian individu ini, arwah ibunya telah menghembuskan nafas terakhir pada 29 April 2020 lalu selepas derita dengan penyakit kanser.

Untuk kisah penuh, teruskan membaca di bawah:

Menurut Muhaimin, insan kesayanganya itu 'pergi' akibat penyakit kanser otak tahap empat

Yang lebih menyedihkan, selama hayat ibunya itu, arwah juga telah menangung pelbagai jenis penyakit kanser sebelum ini

Kata individu ini, arwah ibunya pernah menyatakan keseronokan jika dapat meninggal dunia di bulan puasa dan akhirnya 'impian' tersebut tercapai

Rata-rata netizen yang membaca kisah tersebut turut meluahkan rasa sayu dan mengucapkan takziah kepadanya

Tabahnya arwah dalam menerima setiap ujian yang diberikan oleh Allah ketika hayatnya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkaitan di sini:

You may be interested in: