seismik

"Akak Suruh Papa Tunggu, Lepas Kami Datang Je Papa Pergi" - Luahan Gadis Ini Undang Sebak

Hargailah insan tersayang.

Cover image via Twitter @farhanaizyan99

Sebagai seorang manusia, perkara yang paling ditakuti oleh setiap daripada kita adalah kehilangan insan tersayang

Image via salamweb.com

Ia mungkin menjadi mimpi paling ngeri buat kita apabila insan yang kita paling sayangi terutamanya ahli keluarga pergi buat selama-lamanya.

Selepas pemergiannya, yang tinggal nanti hanyalah kenangan yang ada ketika bersamanya sewaktu masih hidup tanpa mampu menatap lagi wajah seperti hari-hari biasa.

Namun begitu, meskipun berasa sayu dan sedih, hidup tetap perlu diteruskan dan kita hanya mampu memanjatkan doa kepada Allah agar insan yang telah pergi itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Di Twitter, seorang gadis telah berkongsikan kisah sayu tentang pemergian ayahnya beberapa hari lalu sehingga mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh seorang pengguna Twitter bernama @farhanaizyan99. Menurut gadis berusia 21 tahun ini, Almarhum ayahnya, Faizan Saidan telah meninggal dunia pada 4 April lalu di hospital kerana sakit.

Sejak artikel ini ditulis, perkongsian kisah tersebut telah mendapat hampir 8 ribu RTs dengan lebih 19 ribu tanda suka.

Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:

"Rupanya betul kita balik bersama-sama ke PD"

Menurut gadis ini, arwah ayahnya meninggal dunia akibat penyakit kanser

Luahan yang dibuat gadis ini telah mengundang rasa sayu dan sebak dalam kalangan netizen yang membacanya

Salam takziah untuk arwah. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Dalam pada itu ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 3, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Jumaat, 3 April 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: