Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ibu Pening Anak Suka 'Menempel' Dengan Nenek, Tak Lekat Duduk Di Rumah Kerana Berjiran

Menurut wanita itu, setiap fasiliti seperti televisyen, internet telah disediakan namun si anak masih memilih untuk ke rumah nenek.

Cover image via @dillaniky2505 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Datuk dan nenek sudah tentu dikenali dengan sifat yang penyayang

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan rumah datuk dan nenek menjadi kegemaran anak-anak.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok, seorang kanak-kanak lelaki ini apabila dia sering ke rumah nenek sehingga membuatkan si ibu pening dengan telatahnya. Difahamkan, dia hidup berjiran dengan ibu bapanya.

“Kenapa jadi macam ni? Dah pukul 10.30 malam nak ‘lari’ rumah. Aku tak fahamlah anak aku ni.

“Pukul 10.30 malam nak pergi tidur rumah nenek,” kata wanita itu kepada anaknya.

Image via @dillaniky2505 (TikTok)

Tetap menaiki basikal ke rumah nenek walaupun berhadapan sahaja dengan rumah sendiri

Setelah selesai mengemas barang-barangnya, dia naik basikal menuju ke rumah nenek, yang sebenarnya hanya berada di hadapan rumah mereka. Ketika itu, ayahnya memberi peringatan dengan nada bergurau agar berhati-hati dalam "perjalanan jauh".

Tingkah laku anak itu menghiburkan kedua ibu bapanya, meskipun mereka sedikit pening. 

Image via @dillaniky2505 (TikTok)

Seminggu sekali sahaja tidur di rumah

“Ya Allah macam inilah keadaan bila berjiran dengan mak, anak-anak tak pernah ada rumah.

“Seminggu sekali je tidur rumah mommy.

“Anak ramai tapi tak duduk rumah, dari kecil sampai besar duduk dengan nenek. Apa ada rumah nenek, mommy pun tak tahu. Istimewa apa lah dekat sana sampai tak nak duduk rumah dengan mommy,” tulisnya di ruang kapsyen.

Lihat video penuh di bawah:

Dah terbalik jadinya, rumah ibu sendiri sunyi dan rumah nenek pula riuh :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel penuh di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment