seismik

Doktor Ini Kongsi & Nasihat Bahaya Jika Kahwin Dengan Sepupu Sendiri

Demi kesihatan zuriat, eloklah kita untuk tidak berkahwin dengan sepupu sendiri.

Cover image via VOCKET & @DoktorSamhan (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda, untuk membina rumah tangga tak salah dengan sesiapa kita mahu berkahwin selagi ia tidak bertentangan agama

Tular baru-baru ini sebuah perkongsian di platform X, seorang doktor merangkap pempengaruh yang dikenali sebagai Dr Samhan berkongsi pendapat dan nasihat bahawa bahaya berkahwin dengan sepupu sendiri.

Menurutnya, dia juga tidak menggalakkan jika ingin berkahwin dengan sepupu sendiri tetapi mengikut hukum agama tidak salah jika ingin berkahwin dengan sepupu sendiri dan hukumnya juga harus.

"Sebagai seorang doktor, saya tak galakkan untuk you all untuk kahwin dengan sepupu sendiri.

Dari sudut agama, perkahwinan di antara sepupu adalah harus di sisi syarak. Kerana sepupu tidak termasuk dalam kalangan mahram,"
katanya.

Namun, Islam lebih menggalakkan untuk bernikah dengan wanita bukan dari kalangan darah daging sendiri kerana zuriat yang dilahirkan akan lebih sihat dan kuat.

Apakah sebab tidak digalakkan perkahwinan dengan sepupu?

Hal ini kerana, kita dan sepupu berkongsi genetik yang sangat dekat. Jika lebih rapat pertalian maka, lagi tinggi persamaan genetik.

Kesimpulan di sini, lebih tinggi kemungkinan untuk mendapat penyakit keturunan genetik seperti kanser, kencing manis dan lain-lain lagi.

"Persamaan genetik kita dan sepupu kita adalah 12.5%.

Jika terdapat sejarah penyakit turun temurun dalam keluarga, perkahwinan sepupu boleh meningkatkan risiko untuk mewarisi dan menyebarkan penyakit tersebut"
katanya lagi.

Gambar sekadar hiasan

Image via VOCKET

Kanak-kanak daripada perkahwinan sepupu pertama mempunyai risiko 4-6%

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr Samhan, kanak-kanak daripada perkahwinan sepupu pertama mempunyai risiko 4-6% untuk gangguan genetik resesif autosomal.

Contoh penyakit genetik resesif autosomal adalah seperti talasemia, cystic fibrosis dan spinal muscular atrophy.

Tetapi, ianya berbeza dengan kanak-kanak daripada sepupu yang lebih jauh, risiko untuk mengalami penyakit tersebut lebih rendah.

Oleh itu, Dr Samhan nasihat supaya janganlah berkahwin dengan sepupu sendiri dan cari pasangan yang tiada pertalian darah atau bukan darah daging sendiri.

"Jadi, nasihat saya adalah boleh berkahwin dengan sepupu tapi digalakkan untuk kahwin dengan mereka yang tiada pertalian keluarga dengan kita," katanya.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Hm, yang mana ada hati dekat sepupu sendiri dah boleh perlahan-lahan cari pengganti :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: