Ibu Terharu Tengok Anak Ambil Bungkusan Makanan Sampai Siap Salam & Cium Tangan Pekerja
Bagus awak ya dik.
Jika anda adalah seorang ibu bapa, didikan yang baik haruslah diberikan kepada anak-anak
Dengan adanya didikan yang baik, nescaya anak-anak itu akan membesar dengan menjadi orang yang berilmu dan berguna.
Malah, kita harus mengajar kebaikan dan hormat menghormati orang tua sejak usia muda lagi.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang budak lelaki siap salam dan cium tangan pekerja semasa dia mengambil pesanan makanan telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Ibu sejuk hati tengok anak siap salam dahulu sebelum beredar
Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu keluarga berkenaan sedang berada di sebuah kedai makan.
Difahamkan, selepas siapnya pesanan makanan mereka, si ibu menyuruh anak lelakinya mengambil makanan yang dibungkus itu di kaunter kedai berkenaan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah si anak dilihat siap salam dan mencium tangan pekerja berkenaan sebelum beredar. Situasi itu membuatkan ibunya turut terharu melihat gelagat anaknya itu.
Lihat video asli itu di bawah:
"Bukan mama je sejuk, acik yang tengok pun sejuk. Tahniah mama didikan yang hebat" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi positif mereka selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 449.4K views, 30.1K likes dan 429 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @donharry9268 (TikTok)
Image via @donharry9268 (TikTok)
Image via @donharry9268 (TikTok)
Image via @donharry9268 (TikTok)
Bagus awak dik, kecil-kecil dah pandai hormat orang tua :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment