seismik

"Takut Duit Ibu Habis" - Pilih Selipar Yang Murah, Anak Kesian Dekat Mak Jadi Perhatian

Dia tak nak menyusahkan ibu dia.

Cover image via @bythemadamb (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anak-anak adalah amanah dan tanggungjawab buat ibu bapa

Didikan perlu diberikan sepenuhnya pada mereka ini. Hal ini kerana, agar mereka membesar menjadi orang yang lebih berguna dan dapat menolong ibu bapa. Mereka akan lebih memahami keadaan mengikut usia mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang budak lelaki memilih untuk membeli selipar murah kerana kesian pada ibu bapanya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@bythemadamb Jangan cakap dia kedekut tau,dia sangat pemurah,tapi bila dia keluar beli barang dgn ibu dia mesti nak yang murah dan takut duit habis. Ibu sayang abg long sangat, maaf terpaksa jadi dewasa dari umur, maaf lalui byk kesusahan dgn ibu dari kecik, maaf ibu pernah terpukul masa abg kecil sbb stress dgn kehidupan lalu. Ibu doakan abg long membesar dgn baik, takkan tgn ni naik lagi pd badan abg long, tq sntiasa memahami dan menyenangkan hati ibu. #madambee #kisahmadambee original sound - madambeebeauty

Pilih selipar yang lebih murah sebab kesian dekat ibu

Menerusi video tersebut, kelihatan dua beranak berkenaan ketika itu berada di sebuah pasar raya.

Si ibu kemudian menyuruh agar anak lelakinya memilih selipar kerana dia mahu. Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah anak lelakinya itu bertindak untuk memilih selipar murah kerana takut duit ibunya habis.

"Beli yang murah-murah je, takut duit ibu habis," ujar anaknya.

Situasi itu membuatkan si ibu terharu dan tetap menyuruh agar anaknya membeli selipar yang lebih mahal kerana kualiti lebih elok.

"Baru nak nangis,tiba-tiba muncul lawak anak number 2" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut tersentuh dengan reaksi budak berkenaan.

Malah, ada juga yang terhibur saat melihat klip akhir pada video tersebut yang memaparkan gelagat seorang lagi anak wanita itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 947.5K views, 109.3K likes dan 4,399 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Orang tengah sedih-sedih sempat lagi ya anak seorang lagi tu :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: