seismik

Nak Bagi Anak Makan Punya Pasal, Gelagat Bapa Terpaksa Naik Kereta Mainan Ini Cuit Hati

Baru semua nak makan.

Cover image via @harizhamid77 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anak-anak adalah pelengkap dalam sesebuah rumah tangga

Tanpa mereka rasa sunyi saja rumah betul tak? Mereka ini jugalah peghibur hati. Namun, perangai mereka ini tentunya membuatkan ibu bapa sampai pening kepala nak melayannya.

Tambahan pula, dengan mereka yang semakin membesar dan banyak kerenah yang ditunjukkan.

Sama seperti video di TikTok ini apabila gelagat seorang bapa yang terpaksa menyuruh anak-anaknya makan dengan cara bermain kereta telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Terpaksa ikut naik kereta mainan nak bagi anak makan

Menerusi video tersebut, kelihatan keluarga berkenaan sedang berada di rumah mereka. Dapat dilihat si isteri juga semasa itu sedang menyuap makanan kepada anak-anaknya.

Namun, apa yang lebih mencuit hati adalah si ayah turut ikut join bermain kereta mainan itu bersama anak-anaknya.

Hal itu kerana anak mereka yang susah untuk makan membuatkan si ayah terpaksa berlakon bermain sambil disuap ibu mereka.

"Tak sekarang ni kereta mainan tu memang saja-saja beli 3 biji ke" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pandangan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 91.9K likes dan 3,868 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Cara ni juga berkesan ya nak bagi anak makan :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: